Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Dua maut dalam kejadian berasingan

Wartawan Utusan Online II 09 Januari 2017

 
       

 

TANJONG KARANG – Dua maut dalam kemalangan di dua lokasi berbeza di sini, kelmarin dan awal pagi semalam.

 

Dalam kejadian pertama di Jalan Sekembang, Kampung Tiram Jaya, hajat dua sekawan untuk ke kedai berhampiran rumah mereka tidak kesampaian apabila motosikal jenis Yamaha Lagenda yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah motosikal lain.

 

Kejadian pada jam 8.31 malam itu menyebabkan seorang remaja, Khairul Azwan Khairunnasri, 14, maut, manakala rakannya, Ahmad Izzat Nazruddin, 14, dan seorang lelaki warganegara Bangladesh, MD Kabir, 31, cedera parah.

 

Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya dipercayai menghala ke Jalan Parit Serong dan gagal mengelak motosikal membawa gerabak tanpa muatan dinaiki warga Bangladesh terbabit.

 

Kedua-dua motosikal berlanggar secara berdepan mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ahmad Izzat yang merupakan pembonceng motosikal ditunggangi mangsa dan MD Kabir cedera parah.

 

Ahmad Izzat dan MD Kabir dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala jenazah Khairul Azwan di bawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya, pagi semalam.

 

Dalam kejadian kedua, seorang penduduk, Noor Aziz Sudin, 54, maut setelah motosikal jenis Honda EX5 ditungganginya terbabas dalam perjalanan untuk menjala ikan di Jalan Sawah Sempadan pada jam 2.37 pagi, semalam.

 

Mangsa dipercayai menunggang bersendirian dari arah Parit 3 menuju Sawah Sempadan dan gagal mengawal motosikal lalu terbabas dan maut di tempat kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan menerima laporan kedua-dua kejadian dan saksi diminta tampil ke balai berdekatan atau IPD Kuala Selangor bagi membantu siasatan.


                                                       Dua maut dalam kejadian berasingan
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-01-10 11:25:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page