Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 'Ikut prosedur ditetapkan PBT'

Wartawan Utusan Online II 02 Januari 2017

 
       

 

JERAM – Pengusaha industri berkaitan pelancongan diminta mengikuti prosedur ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membina bangunan restoran atau penginapan pelancongan di daerah ini.

 

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan memaklumkan, pembangunan dilaksanakan di kawasan Pantai Remis mendorong lambakan restoran makanan laut, inap desa dan chalet.

 

Menurutnya, pembangunan seumpama itu mula berkembang maju tetapi kebanyakannya didapati tidak melalui proses kelulusan yang betul sama ada berkaitan status tanah atau kebenaran bangunan dan perniagaan.

 

"Sukar bagi MDKS mengawal pembangunan jika mereka tidak memohon. Sebab itu saya galakkan mereka merujuk kepada MDKS untuk bimbingan supaya perusahaan mereka sah di sisi undang-undang.

 

"Semua kena selaras dan perlu melalui prosedur yang betul agar status tanah pertanian boleh dibenarkan untuk pembangunan berkaitan pelancongan," katanya kepada Sinar Harian.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Pelan Tindakan Cadangan Pembangunan Pantai Remis selepas empat Medan Selera Pantai Remis Fasa 2 melibatkan kos RM323,000 siap dibina.

 

Noraini berkata, pembangunan tanah milik persendirian tidak lebih 20 peratus dibangunkan sebagai kediaman atau inap desa, mungkin boleh mendapat pertimbangan Pejabat Tanah dan Daerah untuk kekal status pertanian.

 

"Tetapi lot tanah berkenaan dibangunkan untuk tujuan pelancongan secara keseluruhan, status perlu ditukarkan kepada perniagaan. Sebab itu mereka perlu lepasi proses penukaran status tanah dan kebenaran merancang terlebih dahulu.

 

"Lagipun saya dapati harga pasaran tanah tepi pantai melambung tinggi. Dulu saya difahamkan harga pasarannya hanya RM120,000 tetapi sekarang ini sudah mencecah RM350,000 untuk 0.4 hektar," katanya.


                                                       'Ikut prosedur ditetapkan PBT'
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-01-03 11:15:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page