Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Parah dibelasah sebab ganggu bekas teman wanita

Wartawan Utusan Online II 27 Disember 2016

 
       

 

SUBANG JAYA -  Gara-gara sering mengganggu bekas teman wanitanya, seorang lelaki parah dibelasah kekasih baru wanita berkenaan di depan pintu susur keluar Pangsapuri Jati 2 di sini, Selasa lalu.

 

Mangsa bagaimanapun dilapor meninggal dunia ketika masih mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 6 petang Ahad lalu.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya menerima panggilan daripada orang awam mengatakan terdapat seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di depan pagsapuri berkenaan.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi, mangsa berusia 19 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, hanya sebuah telefon bimbit ditemui bersamanya.

 

Mohammad Azlin berkata, mangsa yang kritikal ketika itu dihantar ke PPUM untuk mendapatkan rawatan bagi merawat kecederaan teruk di bahagian kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

 

Beliau berkata, hasil siasatan awal, mangsa didapati sudah memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya yang berusia 17 tahun awal Disember lalu disebabkan sudah mempunyai teman wanita lain.

 

Bagaimanapun mangsa dikatakan sering mengganggu bekas teman wanitanya melalui telefon bimbit dan mengugut akan menyebarkan gambar di laman sosial kerana mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

 

“Suspek dipercayai terlibat dengan kes itu hubungi mangsa sehari sebelum kejadian dan ajak berjumpa dengan bekas teman wanitanya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

 

“Mangsa kemudian ke rumah teman wanitanya pada jam 12 tengah malam hari kejadian dan wanita itu mengakui ada berjumpanya namun hanya berinteraksi melalui tingkap disebabkan sudah lewat malam,” katanya.

 

Mohammad Azlin berkata,  ketika mangsa dan bekas teman wanita berbual, suspek datang ke rumah wanita itu untuk menyertai perbincangan.

 

“Tiba - tiba mangsa dikatakan menumbuk suspek dan terjadi pergaduhan, rakan suspek turut memukul mangsa hingga terjatuh. Kejadian disaksikan bekas teman wanita mangsa sebelum kesemua mereka dihalau oleh pengawal keselamatan pangsapuri.

 

“Susulan kes ini, kita menahan dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 22 tahun di Klang pada Rabu lalu  untuk membantu siasatan,”katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


                                                 pdrm
                                             

        

Kemaskini pada 2017-01-03 11:05:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page