Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Pusat Kemahiran Giatmara



  
       

image

Hj. Razali bin Babu
(Pengurus Negeri)
Kampung Sungai Terap, Batu 3, Jalan Bernam,
45000 Kuala Selangor.


 

LATAR BELAKANG GIATMARA

Pusat GIATMARA yang pertama ditubuhkan di Jitra, Kedah pada November 1986 dengan menggunakan  bekas bangunan
Pusat Latihan Belia Negeri Kedah dengan 93 orang pelatih perintis.  Pada tahun 1990, Majlis MARA telah membuat
keputusan untuk untuk membina sebuah GIATMARA di setiap kawasan Parlimen. Menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-8
(2005), jumlah Pusat GIATMARA telah bertambah kepada 176 buah.

Latihan teras GIATMARA  disasarkan kepada belia dan masyarakat setempat. Program dibentuk berdasarkan konsep berbentuk modular,praktikal (hands-on) dan merupakan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan
secara PERCUMA. Jangkamasa program adalah diantara 6-12 bulan. Konsep-konsep ini masih dikekalkan dan diperkembang bagi menambah nilai kursus-kursus GIATMARA yang semakin bertambah.

OBJEKTIF

Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan
hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam
masyarakat Bumiputra. GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputra mempertingkatkan kemahiran
mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.

KEMUDAHAN LATIHAN

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di GIATMARA. pELATIH YANG berdisplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan(sepenuh masa)
  • kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • sukan dan Rekriasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil MLVK (Di mana berkenaan)
  • Sijil suruhanjaya Tenaga(Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan(selepas tamat latihan)

TEMPOH KURSUS

Jangkamasa kursus adalah di antara enam bulan hingga satu tahun mengikut kursus yang ditawarkan. Pengambilan bgi kemasukan ke GIATMARA akan dibuat setiap dua kali setahun dalam bulan Januari dan Julai. 

       

Kemaskini pada 2013-10-18 17:59:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page