Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ‘Kawasan rumah dah macam pulau’

Wartawan Utusan Online II 05 Disember 2016

 
              

 

SUNGAI GULANG-GULANG – Hujan lebat yang melanda daerah Kuala Selangor menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air termasuk penempatan penduduk di Kampung Sungai Gulang-Gulang, di sini.

 

Mangsa banjir kilat, Siti Ropiah Jemansin, 62, memberitahu, hujan lebat yang melanda tanpa henti sejak Jumaat lalu menyebabkan air parit bersebelahan rumahnya melimpah sehingga masuk ke dalam rumah.

 

Warga emas yang juga ibu tunggal itu berkata, kebiasaannya limpahan air parit hanya memenuhi kawasan kebun berhampiran bagaimanapun tidak disangka paras air melimpah kali ini mencecah paras lutut.

 

"Masa kejadian itu makcik berada di rumah anak. Memang makcik selalu berjalan-jalan ke rumah anak tapi tak sangka air masuk ke dalam rumah pula masa itu.

 

"Dulu kalau hujan lebat sekali pun, air naik sampai di kebun dan halaman rumah sahaja. Sebab itu bila adik telefon beritahu rumah tenggelam, makcik terkejut," katanya.

 

Menurutnya, limpahan air dari parit tersebut menyebabkan kawasan rumahnya kelihatan seperti sebuah pulau dan barangan dalam rumah terapung serta tenggelam.

 

Katanya, banyak lagi rumah di Lorong Sungai Gulang-Gulang (SGG) 6/1 menerima nasib sama, namun mereka bersyukur kerana keadaan masih terkawal dan tidak perlu berpindah ke penempatan sementara.

 

"Habis karpet, baju, mesin basuh, pinggan mangkuk dan penyedut habuk terendam dalam air sebab makcik tak sempat nak kemas atau selamatkan apa-apa.

 

"Mulanya makcik ingatkan hujan tak teruk sangat sampai air masuk rumah. Hanya ALLAH SWT sahaja tahu macam mana perasaan makcik. Memang cukup terkejut bila jadi macam ini," katanya.

 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Gulang-Gulang, Towhid Mockthi, 59, memaklumkan, pihaknya telah mengenal pasti beberapa rumah yang ditenggelami air.

 

Towhid berkata, setakat ini kira-kira 20 rumah di Lorong SGG 6/1, 6/3, 6/4 dan 6/5 terjejas.

 

"Dulu limpahan air hujan hanya sampai di kawasan kebun pertanian sahaja. Penduduk tak sangka hujan lebat menyebabkan limpahan air parit memasuki kawasan rumah. Kebanyakan rumah di lorong berkenaan menerima kesan akibat kejadian ini terutama rumah berhampiran parit besar dalam kampung ini.

 

"Memang hujan kerap melanda pada musim tengkujuh sekarang ini dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang giat pam air menggunakan dua mesin di kawasan terjejas," katanya.

 

Tambahnya, JPS hanya boleh mengepam air selama beberapa jam sahaja kerana kunci air perlu ditutup berikutan bimbang air laut masuk kawasan kampung dan dia bersyukur kerana paras air mula surut.


                                                                   ‘Kawasan rumah dah macam pulau’
                                       
                                             

               

Kemaskini pada 2016-12-19 11:15:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page