Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Polis cari saksi kemalangan

Wartawan Sinar Harian II 26 Oktober 2016

 

IJOK - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan bagi kes kemalangan maut membabitkan warganegara Myanmar di Jalan Parit 1, Ijok.

 

Dalam kejadian pada 5 Oktober lalu itu, mangsa, Mohamad Zubair Mohamad Yusuf, 24, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh selepas terlibat dalam satu kemalangan di kawasan terbabit.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman dari Hospital Sungai Buloh pada jam lebih kurang 8.30 pagi, 18 Oktober lalu.

 

“Kemalangan melibatkan warganegara Myanmar yang dipercayai menunggang basikal seorang diri dari arah Jalan Parit 1, Ijok menghala ke arah Pekan Ijok pada jam 6.30 petang.

 

“Mangsa dipercayai dilanggar kenderaan jenis dan nombor plat yang tak pasti dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun disahkan meninggal dunia 1.04 petang pada 6 Oktober lalu,” katanya.

 

Ruslan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr Noor Shahimi Sahidan mendapati punca kematian mangsa kecederaan teruk di bahagian kepala.

 

“Kes masih disiasat Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Inspektor Mohd Fahmi Ahmad dan diklasifikasikan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

“Pihak polis masih mengesan saksi bagi kes kemalangan ini bagi membantu siasatan dan orang ramai diminta menghubungi Inspektor Mohd Fahmi di talian 01126242144.

 

“Saksi boleh tampil ke balai polis berhampiran atau IPD Kuala Selangor atau menghubungi pihak polis di talian 0332891222,” katanya kepada Sinar Harian.

 

                                                   Polis cari saksi kemalangan


Kemaskini pada 2016-10-28 14:12:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page