Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Guni pasir jadi penyelamat

Wartawan Sinar Harian II 19 Oktober 2016

 

KUALA SELANGOR – Persediaan awal menambak ban menggunakan guni pasir ‘menyelamatkan’ lebih 400 penempatan penduduk di Sungai Yu dan Taman Desa Mawar daripada ditenggelami air pasang besar yang melanda daerah ini.

 

Persiapan tiga hari tiga malam itu berjaya menyelamatkan perkampungan itu daripada fenomena air pasang berbanding beberapa kampung lain di Klang dan Sabak Bernam.

 

Lebih 4,000 beg pasir diletakkan di sepanjang lebih 400 meter ban Sungai Yu dan ban Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Sungai Yu, Abdullah Sani Mohd Rasul, 54, berkata, persiapan penduduk tak kira fahaman parti politik itu berjaya menyelamatkan kampung.

 

Lebih melegakan katanya, air pasang besar yang melanda pesisiran pantai Sungai Yu berjaya dikawal dengan benteng pasir yang dibina hasil titik peluh penduduk kampung tanpa mengenal erti penat.

 

“Tiga hari tiga malam penduduk bergotong-royong memastikan beberapa kawasan ban yang berisiko ditambak dengan guni pasir ,” katanya.

 

                                                   Guni pasir jadi penyelamat


Kemaskini pada 2016-10-28 14:02:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page