Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jelajah Bersih 5 berjalan lancar

Wartawan Sinar Harian II 17 Oktober 2016

 

KUALA SELANGOR – Jelajah Bersih 5 yang memasuki kawasan Tanjong Karang dan Kuala Selangor disifatkan konvoi paling ‘aman’ kerana berjalan tanpa sebarang gangguan atau provokasi.

 

Adun Sekinchan, Ng Sue Lim berkata, konvoi Jelajah Bersih 5 ke Tanjong Karang tiba di lokasi lebih awal daripada jadual dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

 

“Cukup berbeza jika dibandingkan suasana di Sekinchan apabila pemimpin dibaling telur dan cukup banyak rintangan...tapi kita tetap berdisiplin dan tak melawan mereka yang cuba memprovokasi.

 

“Niat dan matlamat kita hanya satu iaitu mahu beri kesedaran kepada rakyat supaya bangkit mempertahankan hak dalam perlembagaan dan menuntut pilihan raya yang bersih.

 

“Kita mahu kumpul seramai mungkin untuk berhimpun di ibu kota pada 19 November nanti kerana pilihan raya juga semakin hampir dan tak mahu rakyat ditipu lagi.

 

“Siapa menang atau kalah dalam pilihan raya, kita terima tapi kena bersih dan adil. Jangan tak hormat prinsip satu orang satu undi...kena betulkan semua kepincangan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian sempena Jamuan Hi Tea Pemimpin Bersih 5 di pekarangan rumah Ketua Kampung Permatang, Za’ba Muda yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Tanjong Karang.

 

Sementara itu, Za’ba bersyukur konvoi berjalan lancar seperti yang dijadualkan dan sambutan cukup menggalakkan apabila lebih 100 penyokong baju kuning memeriahkan program hi tea.

 

“PKR, DAP dan Amanah bersatu dalam satu program bersama penyokong dan berkonvoi ke stadium untuk serahan obor kepada wakil Kuala Selangor selain polis pun bagi kerjasama baik,” katanya.

 

Bagi Ketua Wanita PKR Cabang Tanjong Karang, Norfaizah Ismail berkata, pihaknya memberi sokongan penuh untuk Jelajah Bersih 5 bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

 

“Wanita bersama anak muda Tanjong Karang juga akan memberi sokongan untuk menjayakan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini dengan berkonvoi dari sini,” katanya.

 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Tanjong Karang, Mohd Helmi Sanusi berkata, pihaknya juga akan berkonvoi 10 kereta dari Tanjong Karang untuk menjayakan perhimpunan Bersih 5 di ibu kota.

 

 

                                                   Jelajah Bersih 5 berjalan lancar


Kemaskini pada 2016-10-28 13:53:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page