Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Isu pengangkutan jadi alasan

Wartawan Sinar Harian II 16 Oktober 2016

 

KUALA SELANGOR – Walaupun masih tiada lesen menunggang motosikal, namun masih ramai anak penduduk khususnya di kawasan luar bandar menjadikan kenderaan itu sebagai pengangkutan utama ke sekolah.

 

Sedari bahaya dan peraturan undang-undang yang bakal mereka hadapi, namun mungkin disebabkan tiada pilihan lain, mereka terpaksa menggunakan motosikal sebagai pengangkutan mudah ke sekolah.

 

Kekangan masa ibu bapa dan jadual aktiviti lepas sekolah tidak menentu memungkinkan mereka ini diberi ‘kebenaran’ untuk menunggang motosikal bersyaratkan topi keledar.

 

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Selangor, Sarifuddin Md Yusof berkata, kebanyakan memang ada pelajar yang mendesak ibu bapa mereka untuk membeli motosikal bagi tujuan itu.

 

“Mungkin ikut trend semasa kerana ramai yang pergi sekolah tunggang motosikal sendiri…lebih-lebih lagi kawasan yang susah nak dapatkan pengangkutan awam dan mungkin lebih jimat guna kenderaan sendiri dari guna khidmat van sekolah.

 

“Bagaimanapun bagi pendapat peribadi, memberi kebenaran menunggang motosikal adalah terletak kepada ibu bapa masing-masing dan jika anak tiada lesen, sewajar jangan ambil mudah perkara ini.

 

“Sebab ini untuk kebaikan dan keselamatan anak sendiri tapi saya lihat kebanyakan ibu bapa ambil mudah bab lesen ni sebab saya tengok budak sekolah rendah pun dah berani bawa motosikal keliling kampung atau taman.

 

“Sudah jadi satu budaya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu keselamatan membabitkan pelajar sekolah yang menunggang motosikal tanpa lesen ke sekolah.

 

Semua pihak main peranan penting

 

Sarifuddin yang juga Yang Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama (SRA) Assam Jawa dan SK Assam Jawa itu menjelaskan, semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikan isu keselamatan pelajar sekolah lebih terjamin.

 

“Mereka perlu memberi penekanan keselamatan kepada anak masing-masing supaya menggunakan jejantas yang disediakan berbanding melintas jalan dan menggunakan topi keledar jika membonceng basikal.

 

“Pihak sekolah dan agensi kerajaan perlu bekerjasama memasang papan tanda keselamatan dan taklimat keselamatan jalan raya selain menekankan isu penggunaan motosikal tanpa lesen.

 

“Perlu diwujudkan papan tanda amaran keselamatan, jejantas yang lebih mesra murid, penambahan lintasan zebra atau bonggol selain meletakkan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau polis trafik pada waktu puncak.

 

“Saya juga kurang setuju dengan pemasangan lampu isyarat di hadapan sekolah kerana bukan saja menjadikan jalan sesak…kesan buruk terhadap lalu lintas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor.

 

“Ibu bapa pelajar sekolah itu berdepan masalah sebab susah nak masuk ke dalam sekolah terutamanya pada waktu puncak,” katanya.

 

                                                   Isu pengangkutan jadi alasan


Kemaskini pada 2016-10-28 13:50:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page