Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ‘Sampai bila nak tanggung rugi?’

Wartawan Sinar Harian II 28 Oktober 2016

 

KUALA SELANGOR - Tidak sanggup menanggung kerugian, nelayan yang menjalankan projek kerang memohon pihak berwajib supaya dapat membantu menyelesaikan isu pencemaran di kawasan perairan itu.

 

Nelayan, Ong Thian Shang, 65, mengadu, pencemaran sungai yang berlarutan sejak puluhan tahun tanpa sebarang penyelesaian itu ternyata menjejaskan pendapatan mereka.

 

Menurutnya, projek kerang di perairan Sungai Janggut yang dahulunya diusahakan ramai nelayan bagaimanapun tidak dapat diteruskan lagi berikutan banyak anak kerang mati.

 

“Sekarang ni hanya tinggal banyak kulit kerang yang tak menjadi disebabkan pencemaran...ramai dah nelayan putus asa sebab banyak kos kena tanggung dan tak dapat untung.

 

“Tapak ternak kerang yang ada ni pun tinggal kulit kerang saja...habis banyak duit tapi tak balik modal. Kena keluarkan duit lagi nak ‘cuci’ sebab kalau nak ternak semula, tapak kena bersih,” katanya.

 

Thian Shang berkata, sebelum ini nelayan mampu meraih keuntungan dengan hanya bergantung kepada projek kerang sahaja namun kini terpaksa mencari alternatif lain demi meneruskan hidup.

 

“Sekarang ni tinggal saya dengan seorang lagi nelayan yang masih sanggup nak teruskan projek ternak kerang...sebab kalau betul-betul menjadi projek ini, memang banyak untung.

 

“Kalau bukan disebabkan pencemaran ni, pasti projek kerang boleh jadi. Tapi bila dah selalu anak kerang mati, mungkin saya pun terpaksa gulung tikar sebab tak sanggup nak tanggung rugi,” katanya.

 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Sungai Yu, Tham Tian Hock, 56, berkata, pihaknya sentiasa membangkitkan isu pencemaran kepada pihak berwajib.

 

“Isu pencemaran yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perindustrian di kawasan berhampiran sehingga menyebabkan air sungai yang jernih menjadi kotor, hitam dan berbau busuk.

 

“Sebelum ini, banyak kali saya bangkitkan isu pencemaran kepada pihak berkenaan namun bila pemeriksaan dijalankan, punca tidak dapat dikenal pasti sehingga mengecewakan kami.

 

“Pencemaran sungai ni bukan saja menjejaskan nelayan sungai dan pesisiran pantai tapi mereka yang buat projek kerang pun berdepan masalah sama.

 

“Saya mohon pihak berwajib tampil membantu menyelesaikan isu pencemaran ini yang dilihat tidak berkesudahan...sampai bila nelayan nak tanggung kerugian?

 

“Penduduk yang lalu lalang kawasan kunci air ni pun terpaksa tutup hidung sebab bau busuk dan kadang-kadang boleh menjejaskan kesihatan,” katanya.

 

                                                   ‘Sampai bila nak tanggung rugi?’


Kemaskini pada 2016-10-28 14:16:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page