Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Wanita kecam kumpulan pembelot

Wartawan Sinar Harian II 04 September 2016

 

TANJONG KARANG – Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang mengecam sekeras-kerasnya ahli Umno yang bersekongkol dengan pihak pembangkang dan turut serta menandatangani deklarasi rakyat.

 

Ketua Wanita Cawangan Sungai Terap, Mortiati Miran dalam usulnya berkata, Wanita Umno turut mendesak Majlis Tertinggi Umno mengambil tindakan disiplin termasuk menggugurkan keahlian.

 

“Usaha ini perlu konsisten agar Umno tidak dilihat sebagai sebuah parti yang lemah dan mudah diperkotakkatikkan kumpulan tertentu yang sentiasa cuba menjatuhkan Umno.

 

“Hal ini perlu bagi menjelaskan kepada rakyat bahawa Umno amat mengambil berat isu berkaitan usaha cubaan menggulingkan negara,” katanya pada Mesyuarat Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang kali ke-28 2016 di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang, semalam.

 

Menurutnya, seluruh akar umbi Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi dengan memegang prinsip ketaatsetiaan sebagai objektif utama dalam perjuangan parti.

 

“Sokongan semua peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan terhadap presiden parti dilengkapkan kesepaduan sahabat parti komponen BN seluruh negara,” katanya.

 

Sementara itu, wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Bahagian Tanjong Karang, Idah Hassan, juga menyampaikan usul berkaitan kebimbangan gejala sosial yang cukup meruncing kalangan pelajar dan remaja masa kini.

 

Beliau berkata, gejala sosial yang diklasifikasikan satu jenayah melibatkan etika dan moral individu seperti vandalisme, peras ugut, budaya lepak, merempit dan jenayah seksual cukup membimbangkan.

 

Sehubungan itu, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dimohon supaya memperhebatkan peranan dan tanggungjawab keibubapaan dalam mendidik anak masing-masing.

 

“Kami desak ibu bapa memainkan peranan lebih dalam menjalankan tanggungjawab selain memohon Kementerian Komunikasi dan Multimedia memperbanyakkan iklan kasih sayang ibu bapa,” katanya.

 

Katanya, selain itu, program latihan khidmat negara dengan modul lebih mantap untuk menangani masalah sosial pelajar perlu dan menguatkuasakan dengan maksimum Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) di bawah Kementerian Pendidikan.

 

Idah berkata, Kementerian Pendidikan juga diminta mengkaji mata pelajaran Pendidikan Islam supaya diadakan latihan amali yang menekankan pendidikan akhlak berkaitan sahsiah diri pelajar.

 

Dalam ucapan penangguhan, Ketua Wanita Cawangan Kampung Permatang, Datuk Julia Ismail, turut menyarankan ahli Wanita sehati sejiwa dan jangan berpaling jika berdepan senario politik.

 

“Wanita jangan takut dan kena buktikan kita adalah tonggak utama Umno,” katanya mewakili Dun Permatang.

 

 Wanita kecam kumpulan pembelot


Kemaskini pada 2016-09-05 11:03:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page