Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Selangor laksana konsep 'Malaysian Malaysia'?

Wartawan Sinar Harian II 02 September 2016

 

KUALA SELANGOR - Tindakan memansuhkan diskaun 10 peratus bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Selangor telah mula menyahut konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan oleh DAP.

 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, DAP sememangnya dari dahulu lagi diketahui memperjuangkan konsep itu yang menekankan hak kesamarataan bagi semua kaum.

 

"Sama ada harga rumah berjaya diturunkan (dengan pemansuhan diskaun 10 peratus) itu adalah antara kerajaan negeri dan pemaju.

 

"Persoalannya sekarang ialah bagaimana dengan hak bumiputera di Selangor seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Kalau tiada beza antara bumiputera dan kaum lain bermakna konsep 'Malaysian Malaysia' telah dilaksanakan di Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tindas golongan Bumiputera’]

 

Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan pemansuhan diskaun 10 peratus golongan bumiputera bagi pembelian tiga jenis rumah tersebut berkuat kuasa semalam (1 September).

 

Langkah itu menimbulkan kegelisahan golongan bumiputera yang meminta kerajaan negeri mempertimbang semula tindakan itu.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai desakan itu memberi alasan pemberian diskaun 10 peratus kepada semua kaum untuk pembelian tiga jenis perumahan itu adalah disebabkan harganya yang mahal.

 

Noh berkata, berbeza dengan kerajaan negeri, kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno sentiasa mempertahankan hak keistimewaan bumiputera dan perkara itu diterjemahkan melalui pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang meletakkan agenda bumiputera sebagai agenda nasional.

 

"Selama ini, dasar kita mempertahankan hak bumiputera yang bukan sahaja melibatkan kaum Melayu malah turut melibatkan kaum lain di Sarawak dan Sabah. Tidak ada konsep bumiputera hanya untuk orang Melayu.

 

"Kita berharap rakyat Selangor akan buka mata mengenai tindakan kerajaan Selangor yang seperti mengikut telunjuk DAP memandangkan parti itu mempunyai jumlah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) paling ramai di Dewan Undangan Negeri (Dun) manakala menteri besar dan anggota exco hanya bertindak sebagai boneka sahaja," katanya. - Bernama

 

Noh Omar


Kemaskini pada 2016-09-05 11:00:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page