Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Elak pekebun kecil tercicir

Wartawan Sinar Harian II31 Ogos 2016

 

KAMPUNG BUKIT HIJAU – Pelbagai inisiatif dilakukan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dalam membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan meskipun tidak lagi mengusahakan tanaman getah.

 

Pegawai Tadbir Risda Negeri Selangor, Mohd Farid Mohd Nor menjelaskan, Risda tetap membantu pekebun kecil untuk aktiviti ekonomi tambahan (AET) melalui Sumber Pembiayaan Program Peningkatan Ekonomi Risda.

 

Menurutnya, pelbagai bantuan disediakan kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) demi membantu pekebun kecil terutamanya di luar bandar.

 

“Bukan sahaja mereka dibantu untuk program tanam semula getah atau getah kepada kelapa sawit, bahkan AET terus dilaksanakan supaya dapat menambah pendapatan.

 

“Ini pendekatan berterusan Risda dalam mendekati pekebun kecil supaya mereka tidak tercicir daripada menerima sebarang bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan,” katanya pada Program Moh Ngeteh sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Balai Raya Kampung Bukit Hijau.

 

Mengulas mengenai program serentak seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak itu, Mohd Farid bangga dengan penglibatan pekebun kecil melibatkan lima kampung yang cukup menggalakkan.

 

“Program santai ini melibatkan pekebun kecil dan peserta AET di Kampung Bukit Hijau, Bukit Cherakah, Bukit Kuching, Bukit Kuching Tengah dan Parit Mahang.

 

“Tak lupa juga pekebun kecil dan peserta AET dari Kampung Bukit Badong, Ijok dan Kampung Harmoni dapat dihimpunkan dalam satu program yang julung kali dianjurkan," katanya.

 

Menurutnya, Program Moh Ngeteh ini diadakan bagi mendekati pekebun kecil dalam satu himpunan santai selain menyemarakkan semangat kemerdekaan.

 

“Di Selangor, ada tiga tempat penganjuran program termasuk Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor dan Batu 14 Hulu Langat…walaupun santai tapi kita berjaya capai matlamat,” katanya.

 

 

Elak pekebun kecil tercicir


Kemaskini pada 2016-09-05 10:51:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page