Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : KPKT semak perjanjian pengurusan PPR

Wartawan Sinar Harian II28 Ogos 2016

 

TANJONG KARANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyemak semula perjanjian dibuat dengan kerajaan Selangor berhubung pengurusan dan penyelenggaraan bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu.

 

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, semakan itu termasuk melihat daripada aspek perundangan perjanjian asal, sementara menunggu keputusan kerajaan negeri berhubung permohonan kerajaan Pusat untuk mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR di negeri berkenaan.

 

"Kami telah menyerahkan surat kepada kerajaan negeri pada 17 Ogos lepas untuk mengambil alih pengurusan PPR di Selangor.

 

"Sekarang hanya tunggu maklum balas daripada mereka. Kami beri cara baik, minta cara baik dan harap mereka beri (semula pengurusan PPR) cara baik sebab kami lihat mereka tidak mampu nak uruskan PPR di negeri ini," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Tanjong Karang, di sini petang ini.

 

Turut hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang, Maruwan Ahmad dan‎ Timbalannya Mohd Shahrizal Sahri.

 

Langkah pengambilalihan itu merupakan sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu kementerian dalam pengurusan PPR selepas melihat kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan PPR di Lembah Subang 1.

 

Noh dalam pada itu berkata kementerian memperuntukan RM1 juta bagi menaik taraf kemudahan asas dan landskap di kawasan PPR Lembah Subang 1.

 

Beliau berkata, ia adalah projek jangka pendek yang dijangka siap hujung tahun ini.

 

"Ini termasuk baik pulih rel tangan di tangga yang menelan kos kira-kira RM250,000 selain naik taraf kemudahan asas dan landskap di PPR itu.

 

"Selain itu, kami bercadang untuk bina tempat letak kereta bertingkat bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut," katanya. - Bernama

 

Noh Omar


Kemaskini pada 2016-09-05 10:48:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page