Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Penduduk tidak puas hati, orang lain dapat hak tanah

Wartawan Sinar Harian II23 Ogos 2016

 

KUALA SELANGOR - Lebih 120 penduduk Kampung Sungai Yu, Sungai Terap dan Tanjong Karang mempertikaikan surat kelulusan dan borang 5A bagi tanah seluas 14.4 hektar yang diberi milikan kepada 175 lot penempatan di Kampung Sungai Yu. 

 

Lebih dikesalkan, sebahagian 175 penerima surat kelulusan dan borang 5A yang diluluskan kerajaan negeri didakwa tidak menetap di kampung terbabit dan bukannya golongan susah.

 

Seorang penduduk, K Robert, 47, yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia tidak berpuas hati dengan senarai nama yang diluluskan kerajaan negeri yang disifatkan tidak adil dan telus.

 

Menurutnya, dia yang memohon tanah di kampung itu kesal apabila namanya dibuang dalam senarai pemohon dengan alasan yang cukup tidak munasabah sedangkan penerima yang sedia ada bukannya menetap di kawasan itu.

 

“Saya lihat mereka yang dapat bukannya duduk di kawasan kampung itu…semua orang yang dapat itu ada duit bukan macam kami yang duduk menyewa dan susah.

 

"Lagi sakit hati, satu keluarga kalau ada tujuh anak…tujuh semuanya dapat tanah. Adilkah semua tu? Patutnya satu keluarga satu lot sajalah baru adil bagi yang lain,” katanya.

 

Dalam bantahan itu, pimpinan MIC Kawasan Kuala Selangor, Parti Progresif Penduduk (PPP) Kawasan Tanjong Karang, Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Tanjong Karang dan Persatuan Pekerja Ladang (NUP) Tanjong Karang turut tampil memberikan sokongan.

 

Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Tanah, Mohd Faizal Abdul Raji menjelaskan, pihaknya akan menyemak semula senarai nama yang diberikan penduduk yang membantah pemberimilikan 175 lot tanah sebelum ini.

 

“Ramai yang tidak berpuas hati dan berkumpul di hadapan pejabat mengadu mengenai rasa tidak puas hati terhadap pemberimilikan di Kampung Sungai Yu baru-baru ini dan saya sebagai wakil menerima aduan mereka.

 

“Saya akan menyemak dengan teliti dan cuba mempertimbangkan tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Sebelum ini, kerajaan negeri meluluskan borang 5A kepada 175 penerima untuk tanah seluas 14.4 hektar itu meliputi 154 penduduk India, 20 penduduk Melayu dan seorang penduduk Cina.

 

Tapak penempatan sama juga diperuntukkan untuk kemudahan awam seperti balai raya, taman permainan dan gelanggang futsal supaya menjadi satu perkampungan yang tersusun.

 

 Penduduk tidak puas hati, orang lain dapat hak tanah 


Kemaskini pada 2016-09-05 10:38:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page