Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sungai tercemar jejas kebun kerang

Wartawan Sinar Harian II23 April 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR – Air sungai yang bukan saja berminyak, likat bahkan berbau busuk menyebabkan nelayan di sini bimbang risiko kebun kerang di perairan itu terjejas sekelip mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Janggut, Tan Thiam Hock, 56, berkata, masalah pencemaran sungai yang berlarutan lebih 10 tahun itu bagaikan tiada penghujungnya.

Menurutnya, bukan sahaja ikan dalam sungai makin berkekurangan malah hasil kerang yang ada di perairan Sungai Janggut juga terjejas apabila saiz semakin mengecil gara-gara didakwa berpunca dari sisa kumbahan kilang berhampiran.

“Sebelum ini ada orang datang periksa air sungai, tapi macam tak ada penyelesaian... hari-hari terpaksa bau busuk,” katanya kepada Sinar Harian.

Thiam Hock berkata, nelayan Sungai Janggut yang berdepan isu sama mahu pihak berwajib dapat bantu menyelesaikan masalah pencemaran yang ternyata lebih teruk ketika musim kering ketika ini.

“Saya pernah mengadu dekat pihak berkuasa tempatan (PBT) baru-baru ni, tapi masih tiada perkembangan positif.

“Orang kampung bukan nak halang pembangunan kilang di kawasan ni tapi jangan ambil mudah.. Yang kena teruk nanti penduduk dan nelayan kampung,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Nor Zamri Sondor berkata, pihaknya sedia maklum isu pencemaran yang dibangkitkan penduduk di Sungai Janggut, Sungai Sembilang dan Sungai Buloh di daerah ini.

“Setiap kali pihak kami menerima aduan di kawasan terbabit, siasatan dilaksanakan bagi mengesan punca pencemaran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), bagaimanapun siasatan setakat ini masih kabur.

“Ini kerana meskipun ada unsur pencemaran seperti yang didakwa penduduk berpunca dari kilang, namun hasil siasatan mendapati, kilang yang disyaki patuh dengan arahan," katanya.

Beliau berkata, ada juga punca pencemaran semula jadi lebih-lebih lagi ketika musim panas iaitu air sungai yang statik boleh menyebabkan bakteria aktif.

"Kami pernah periksa kandungan air. Memang dasar nampak hitam tapi tiada unsur pencemaran dari kilang.

“Bagaimanapun, kita akan siasat dari masa ke masa sebab dan ambil tindakan lanjut,” katanya.

 

                                          Sungai tercemar jejas kebun kerang

   

Kemaskini pada 2016-04-25 09:47:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page