Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Pengusaha pusat urut tak serik

Wartawan Sinar Harian II 22 April 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR - Tindakan licik pengusaha pusat urut yang mengubah suai premis menjadi bilik kecil untuk aktiviti mencurigakan berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam satu serbuan bersepadu di daerah ini.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin menjelaskan, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MDKS menyerbu dua pusat urut yang beroperasi tanpa lesen meskipun notis dan kompaun dikeluarkan sebelum ini.

Menurutnya, hasil serbuan mendapati, sebuah premis diubah suai tanpa kebenaran MDKS iaitu membina pembahagi bilik di dalam premis pusat urut terbabit.

“Premis pusat urut adalah dilarang sama sekali membina pembahagi bilik dan hanya penggunaan langsir dibenarkan seperti yang diperuntukkan dalam Undang-undang Kecil 23, Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan  dan Penjagaan Kesihatan MDKS 2013.

“Larangan itu bagi mengelakkan berlaku aktiviti tidak bermoral,” katanya pada operasi yang turut disertai Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor (PAIDKS) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS) di Taman Bendahara.

Azahari berkata, tindakan memecah bilik terbabit dilaksanakan serta-merta dan antara peralatan yang disita ialah 11 tilam, 11 bantal serta empat set minyak urut.

Beliau berkata, saringan ujian HIV turut dilakukan kepada pekerja dan pengunjung premis oleh PKDKS.

Manakala, PAIDKS membuat pemeriksaan kepada pengunjung Islam yang disyaki dalam keadaan mencurigakan.

“MDKS turut memberi peringatan keras kepada setiap pengusaha pusat urut agar mematuhi syarat dan peraturan yang terkandung dalam lesen mereka.

“Operasi bersepadu ini akan dijalankan secara berterusan dan MDKS berharap masyarakat dapat bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat jika terdapat aktiviti tidak sihat di kawasan mereka. Usaha berterusan ini penting bagi bersama membendung masalah sosial di daerah ini,” katanya.

 

                                         Pengusaha pusat urut tak serik

   

Kemaskini pada 2016-04-25 09:44:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page