Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Rumah impian mendap, retak

Wartawan Sinar Harian II 09 April 2016
 
   

 

JERAM - Lima beranak berdepan kebimbangan apabila rumah yang didiami tidak sampai tiga bulan di Jalan Parit Baru, Kampung Bukit Kuching Tengah, di sini, mulai retak setelah struktur bahagian dapur mendap sehingga ke tengah kediaman.

Penduduk, Norhanizah Kamarudin, 28, berkata, rumah yang dibina sebagai hadiah ulang tahun ibunya itu mulai merekah sehingga bahagian dapur tidak selamat digunakan kerana dikhuatiri akan runtuh bila-bila masa.

Menurutnya, dia tidak menyangka rumah baharu yang dibina menggunakan hasil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ayahnya bernilai lebih RM60,000 itu tidak selamat didiami.

“Impian kami nak duduk rumah sendiri sebab tak mahu dan tak sanggup nak menyewa lagi... Luluh hati ayah bila tengok rumah makin retak terutamanya bahagian dapur.

“Sebelum ni kami menyewa di Sungai Janggut dan bila ayah beli tanah di kampung ni, kami seronoklah sebab dapat duduk rumah sendiri tapi jadi macam ni pula,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Bukit Kuching Tengah, Azmi Kamari yang turut meninjau rumah terbabit.

Norhanizah berkata, dia mula mengesyaki sesuatu apabila melihat tangki air dipasang di dalam bilik tidur sedangkan sepatutnya diletakkan di kawasan belakang untuk keselamatan mereka sekeluarga.

“Masa mula-mula periksa rumah, air tak ada. Pelik juga sebab air tak ada… tapi tak lama lepas tu dengar bunyi air menitik dalam bilik tidur, makin lama makin kuat.

“Bila jenguk bilik, dah habis basah kena air dari tangki… rosak semua barang elektrik termasuk komputer riba dan telefon bimbit adik. Kami memang tak jangka rumah jadi macam ni,” katanya.

Difahamkan bomba dan penyelamat turut datang ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan keselamatan.

Norhanizah yang bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi turut turut khuatir masalah itu akan membahayakan saudara mara yang datang.

“Kami yang duduk sini pun takut sampaikan terpaksa berkumpul dekat ruang tamu… inikan pula kalau ramai-ramai datang nanti. Memang takut fikirkan kalau-kalau perkara buruk jadi.

“Bomba pun tak bagi guna bahagian belakang sebab bahaya dan saya terpaksa basuh baju depan rumah," katanya.

 

                               Rumah impian mendap, retak

   

Kemaskini pada 2016-04-25 09:36:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page