Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Dengar jeritan anak minta tolong

Wartawan Sinar Harian II 08 April 2016
 
   

 

IJOK – “Akak hanya mampu dengar anak jerit minta tolong…tapi tak boleh nak masuk selamatkan mereka sebab api marak sangat,” demikian kata ibu mangsa kebakaran, Zuriyana Marsunit, 38, kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 4.20 pagi itu, kedua mangsa yang juga pasangan adik beradik tidak sempat keluar menyelamatkan diri akibat terperangkap dalam rumah.

Mangsa, Mohamad Danish Irfan Mohamad Azmi, 15, dan adiknya, Mohamad Darwisy Israq Mohamad Azmi, 14, ditemui rentung di dalam bilik dan dibawa keluar pada jam 6.45 pagi dengan bantuan bomba dan polis.

Zuriyana berkata, dia bersama ibunya, Sainah Saidi, 71, sempat menyelamatkan diri selepas menyedari api yang merebak dari bilik tengah rumahnya di Jalan Batu 4, Ijok pagi semalam.

“Masa kejadian tu akak bangun nak ke bilik air tapi terkejut bila dengar anak jerit minta tolong…masa tu baru perasan api dah marak dekat tengah rumah dan cuba nak pergi ke bilik anak tapi tak berdaya.

“Akak cuba gerakkan emak bangun dan bawa dia keluar rumah…akak cuba buka pintu dari luar rumah nak selamatkan anak tapi bila dengar bunyi letupan kecil, akak ke tepi.

“Macam mimpi jadi begini sebab macam tak percaya semua ni berlaku…nasib baik ada jiran dan keluarga tenangkan saya,” katanya yang masih trauma melihat kedua anaknya meninggalkannya sekelip mata.

Dalamkejadian itu, Zuriyana mengalami kecederaan melecur di tangan dan muka.

Abangnya, Razman Marsunit, 51, terkejut apabila menerima panggilan telefon pada jam 4.30 pagi daripada orang kampung yang memaklumkan kejadian kebakaran di rumah ibunya.

“Pakcik terkejut bila tengok rumah terbakar hangus tinggal tiang dan lagi sedih bila anak saudara meninggal dunia sebab tak dapat diselamatkan.

"Kalaulah masa kejadian pakcik ada di rumah,” katanya sebak.

Kedua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Badong, Ijok.

Sedar bunyi jeritan

Seorang jiran, Iszaidi Ismail, 33, berkata, dia tersedar dari tidur kira-kira jam 4.05 pagi apabila terkejut mendengar jeritan ibu mangsa yang meminta tolong.

“Sebaik saya tinjau dekat tingkap, saya lihat api marak dan terus telefon nombor kecemasan 999.

“Saya dengan beberapa jiran cuba tolong selamatkan dua beradik itu melalui pintu depan rumah tapi gagal sebab api dah marak.

“Memang terkilan tak dapat selamatkan dua beradik tu. Api sangat marak. Dalam 10 minit saja rumah tu musnah terbakar,” katanya.

Litar pintas punca kebakaran

 Komander operasi, Shaidallah Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.23 pagi dan jentera pertama tiba pada jam 4.42 pagi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dan Batu Arang.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B separa kekal dengan keluasan 9x21 meter dan musnah 80 peratus manakala pasukan bomba berjaya mengawal api pada jam 4.48 pagi.

“Mangsa yang terselamat termasuk pakcik mangsa (Mohd Khainizan Marsunit) yang kebetulan ketika kejadian tidak berada di rumah kerana berada di Kuala Selangor dan kedua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian kebakaran terbabit.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.21 pagi dan pegawai penyiasat yang juga Ketua Balai Polis Bestari Jaya, Sub Inspektor Ali Pushpalingam Abdullah bergegas ke lokasi kejadian.

“Kedua mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa ditemui rentung dan melalui siasatan awal pihak bomba memaklumkan punca adalah litar pintas.

“Bagaimanapun, jabatan forensik bomba masih lagi menjalankan siasatan dan kos kerugian yang dihadapi keluarga itu. Hasil bedah siasat juga tiada unsur jenayah,” katanya.

 Ahli parlimen hulur bantuan

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim simpati dengan musibah yang menimpa keluarga ibu tunggal itu yang kehilangan kedua anaknya dalam sekelip mata.

“Saya difahamkan, kejadian kebakaran berpunca dari litar pintas...sudah lebih 10 kejadian seperti ini dilaporkan berlaku di Parlimen Kuala Selangor dengan punca sama.

“Simpati dengan nasib ibu tunggal ini, saya sampaikan sumbangan bagi meringankan beban. Buat sementara waktu, mangsa bersama ibunya ditempatkan di rumah sewa di hadapan rumahnya,” katanya.

Kes kebakaran membabitkan mangsa rentung adalah yang kedua dilaporkan berlaku di daerah ini pada tahun ini di mana sebelum ini, seorang warga emas rentung di Jalan Parit 2, Sungai Burong di Tanjong Karang pada 4 Mac lalu.

 

                                         Dengar jeritan anak minta tolong

   

Kemaskini pada 2016-04-25 09:34:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page