Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Wanita lemas jatuh dari jambatan

Wartawan Sinar Harian II 08 April 2016
 
   

 

PASIR PENAMBANG – Penemuan mayat seorang wanita yang terjatuh dari Jambatan Pasir Penambang, di sini pada jam 9.17 pagi, semalam menggemparkan penduduk setempat.

Mangsa, Lim Wan, 55, dipercayai mengalami masalah mental itu memandu seorang diri dari Taman Sri Sekinchan tanpa pengetahuan suami dan anaknya.

Anaknya, Lee Choon Yong, 31, berkata, sebelum kejadian bapanya tidak menyedari ibunya keluar kira-kira jam 8 pagi kerana sedang mandi.

“Saya cuba cari dia dekat kawasan sekitar tapi tak jumpa...bila kawan yang duduk di Pasir Penambang beri tahu jumpa kereta yang mak pandu di jambatan, saya cepat-cepat bergegas ke sana.

“Memang emak ada sakit dan pernah dirawat di klinik swasta di Petaling Jaya dan baru semalam emak diberi rawatan sama di klinik itu,” katanya yang tak menyangka kejadian seperti itu menimpa ibunya.

Jentera Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor yang diketuai komander operasi, Chandera Mohan tiba ke lokasi kejadian pada jam 9.33 pagi dengan kekuatan tiga pegawai bomba dan empat bomba bantuan.

Mayat yang ditemui di kawasan jeti di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan secara fizikal ditemui dan setakat ini tiada unsur perbuatan jenayah.

“Pihak forensik masih menjalankan siasatan,” katanya.

 

                                       Wanita lemas jatuh dari jambatan

   

Kemaskini pada 2016-04-25 09:31:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page