Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Mayat guru dalam tandas homestay

Wartawan Sinar Harian II 27 Mac 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR - Seorang guru dijumpai mati di dalam bilik air sebuah banglo yang dijadikan homestay di Taman Desa Mawar, Tanjong Karang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Roslan Abdullah berkata mayat SobriYusof, 26, ditemui kira-kira pukul 9 malam oleh jirannya yang curiga berikutan pintu depan banglo berkenaan tidak bertutup sejak awal pagi semalam.    
 

Roslan berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang disewa sejak Jumaat lepas.     

"Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang.    

"Buat masa ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut kerana berdasarkan siasatan awal kami tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  
    

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. - Bernama

 

                                             mayat

   

Kemaskini pada 2016-03-28 09:27:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page