Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sektor pertanian tak terjejas

Wartawan Sinar Harian II 21 Mac 2016
 
   

 

TANJONG KARANG – Musim panas akibat fenomena El Nino yang melanda negara ini tidak memberi kesan terhadap sektor pertanian di Selangor khususnya projek penanaman padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abd Talib turut memberi jaminan bekalan air mencukupi bagi menampung keperluan itu.

Menurutnya, peranan jabatan berkaitan amat penting dalam mengagihkan air dengan cara terbaik bagi membolehkan kawasan tanaman padi di negeri ini tidak terjejas.

“Kalau di sini, pesawah bergantung sepenuhnya Sungai Bernam untuk aliran air ke sawah malah kerajaan negeri sedang mengkaji kebarangkalian projek takungan Horas di Sungai Selangor yang mungkin boleh disalurkan untuk tujuan pertanian.

“Setakat ini, projek Horas digunakan untuk menampung keperluan domestik dan industri dan belum dicadangkan untuk tujuan pertanian,” katanya ketika diminta mengulas kesan fenomena El Nino terhadap sektor pertanian Selangor.

Adun Taman Templer itu menjelaskan, pihaknya turut mengenal pasti tanah yang boleh dibangunkan untuk tujuan kolam tadahan pertanian bagi mengurangkan kebergantungan Sungai Bernam.

“Kita masih dalam proses mengenal pasti tanah yang sesuai bagaimanapun setakat ini, musim panas ini masih terkawal. Malah kita belum menerima laporan mengenai kerosakan serius akibat musim panas ini.

“Kerajaan negeri juga sentiasa memantau kesan El Nino ini terhadap petani khususnya pesawah dan menjaga kebajikan mereka melalui sumbangan input pertanian,” katanya selepas hadir merasmikan Majlis Peningkatan Hasil Padi dan Sumbangan Bantuan Baja di Balairaya Blok S, Kampung EQSW Sawah Sempadan, semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan rizab simpanan air di empangan, Zaidy berkata, rizab simpanan air Selangor masih mencukupi.

Katanya, setakat ini hampir kesemua kolam empangan direkodkan melebihi 70 peratus berbanding negeri lain yang menyusut hampir 30 peratus rizab simpanan air.

“Kita belajar dari pengalaman krisis air pada 2014 dan berjaya mengharungi masalah kekurangan air pada tahun lalu…jadi bagi tahun ini kita bersiap sedia sediakan alternatif lain untuk tampung keperluan rakyat.

“Kita guna pakai strategi sama dengan melaksanakan pelepasan air di empangan dengan cukup cermat selain melakukan pembenihan awan tanpa henti sejak krisis air pada tahun lalu sehingga kini.

“Manakala projek mitigasi 2 yang sudah siap juga membantu menampung keperluan air di kawasan Kajang, Petaling dan Shah Alam selain kaedah lain yang difikirkan perlu,” katanya

 

                                               Sektor pertanian tak terjejas

   

Kemaskini pada 2016-03-28 09:13:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page