Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Maut ditikam penyamun

Wartawan Sinar Harian II 21 Mac 2016
 
   

 

TANJONG KARANG – Hasrat seorang pengutip derma yang mahu mencari dana untuk pembinaan masjid di Narathiwat, Thailand tidak kesampaian apabila ditikam dalam satu kejadian samun di Jalan Bagan Lama jam 12.50 tengah hari, semalam.

Mangsa, Mr Chemusor Masor, 59, yang juga warganegara Thailand dipercayai ditikam seorang pembonceng motosikal tidak dikenali di hadapan deretan kedai terbabit.

Sebelum kejadian, mangsa didatangi dua lelaki berbadan kurus dan berkulit gelap yang menunggang motosikal Yamaha LC berwarna merah dengan memakai topi keledar.

Pembonceng motosikal dipercayai merampas beg silang dan mengambil wang derma di dalam sebuah kotak dibawa mangsa.

Ketika mangsa berusaha menarik beg silangnya, suspek bertindak menikam suspek sebanyak tiga kali yang mengenai dada dan rusuk kirinya.

Mangsa yang menyewa di Kampung Sri Indah, Sungai Buloh itu sempat meminta pertolongan sebelum rebah di hadapan kedai.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala suspek melarikan diri ke belakang deretan kedai dan keluar ke Jalan Besar Tanjong Karan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit dan mengklasifikasikan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

“Saksi diminta hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Selangor, Asisten Superintendan Ramle Bakar di talian 012-5112034,” katanya.

 

                                             Maut ditikam penyamun

   

Kemaskini pada 2016-03-28 09:10:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page