Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Mohon saksi kes langgar lari tampil beri keterangan

Wartawan Sinar Harian II 09 Mac 2016
 
   

 

IJOK - Polis masih mengesan saksi kemalangan langgar lari membabitkan seorang pekerja kilang yang maut ketika melintas jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa, Bui Thi Giap, 36, yang juga warganegara Vietnam dipercayai dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja di kilang berhampiran.

Mangsa dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan dari arah Kuala Selangor menghala ke Kuala Lumpur ketika melintas di hadapan Kawasan Perindustrian Batu 22, Ijok. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Mangsa dibawa orang awam ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan lanjut, bagaimanapun wanita itu disahkan meninggal dunia di klinik terbabit.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan akibat pelanggaran,” katanya. 

Ruslan berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 

“Saksi boleh berjumpa Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohd Faizol Suhaimi untuk memberi keterangan,” katanya.

 

                                             Mohon saksi kes langgar lari tampil beri keterangan

   

Kemaskini pada 2016-03-12 09:58:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page