Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : JPJ buka pejabat cawangan di Kuala Selangor

Wartawan Sinar Harian II 28 Februari 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka sebuah pejabat cawangan di Kuala Selangor pertengahan tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pejabat cawangan itu akan ditempatkan di bangunan stesen penguatkuasa JPJ yang sedia ada.

"Kita akan naik taraf stesen penguatkuasa kita di sini untuk membuka pejabat cawangan JPJ yang kita jangka akan beroperasi dalam tiga atau empat bulan lagi.

"Pejabat cawangan ini akan menyediakan semua jenis perkhidmatan JPJ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Karnival Jom JPJ' peringkat Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib dan anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

"Sehingga ini penduduk Kuala Selangor yang mahu membuat urusan dengan JPJ terpaksa pergi ke Sabak Bernam atau pun Kampung Jawa, Klang yang sememangnya agak jauh dari sini," katanya.  - Bernama

 

                                                Ismail Ahmad

   

Kemaskini pada 2016-03-12 09:52:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page