Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Nelayan terjejas akibat pencemaran sungai

Wartawan Sinar Harian II 06 Februari 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR - Seramai 40 nelayan darat berpangkalan di Kampung Sungai Darah di Bestari Jaya di sini menggesa kerajaan Selangor supayu segera menyelesaikan masalah pencemaran sungai yang semakin serius di kawasan itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Irmohizam Ibrahim mendakwa pengusaha kilang yang membuang bahan ammonia ke dalam Sungai Selangor menyebabkan nelayan terbabit kerugian hampir RM100,000.

"Pencemaran Sungai Selangor menjejaskan ekosistem ikan memandangkan banyak hasil nelayan seperti ikan baung, patin dan keli mati dalam tempoh sebulan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kawasan Sungai Selangor di Kampung Sungai Darah, hari ini.

Menurutnya sebanyak 70,000 benih ikan baung, patin dan keli telah dilepaskan ke Sungai Selangor bagi mengelak pembiakan hasil ikan terjejas.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menuntut pihak berkuasa termasuk Majlis Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan terhadap kilang terbabit.

Beliau akan berbincang dengan Jabatan Perikanan Selangor mengenai pampasan yang boleh diberikan kepada nelayan terjejas.

Selain itu, LKIM membina sebuah jeti di Sungai Selangor bagi memudahkan aktiviti memancing dan menambat bot. - Bernama

 

                                              Irmohizam Ibrahim

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:23:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page