Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : RM90,000 menanti kaki pancing

Wartawan Sinar Harian II 12 Februari 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR - Hadiah lumayan menanti peserta pertandingan memancing Pantai Remis, di sini, Ahad ini.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) itu bermula jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengarah Urusan Wakjali Event, Md Zali Kasran berkata, pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM72,850 serta hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM14,000.

"Juara pertandingan akan menerima RM40,000, kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000.

"Penganjur turut menawarkan hadiah tunai berjumlah RM17,850 untuk pemenang tempat keempat hingga ke-100," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi menarik lebih ramai peserta, penganjur turut menawarkan 43 hadiah cabutan bertuah termasuk tiga TV LED 32 inci, 1 unit joran Banax Lexima 15 kaki, tujuh joran Awa-shima  15 kaki, dua joran Shimano Technium 15 kaki, dua joran Shimano Vengence Tubular 15 kaki, 12 joran Seahawk 17 kaki, lima kekili Shimano, tiga kekili Abu Garcia, empat kekili Penn dan enam unit barangan Coleman.

Md Zali berkata, pertandingan ini adalah yang terbesar tahun ini bagi kategori pantai.

“Pantai Remis boleh memuatkan sehingga 1,500 peserta pada satu masa. Oleh kerana pertandingan ini dijangka menarik minat pemancing seluruh negara dan Singapura, penganjur akan membuka kawasan memancing sepanjang 1.3 kilometer.

“Ini kali pertama pihak kami menyediakan hadiah cabutan bertuah paling banyak berbanding acara sebelum ini. Ia bagi memberi peluang kepada peserta pulang dengan oleh-oleh menarik jika gagal menempatkan diri kalangan 100 pemancing yang berjaya mendaratkan ikan," katanya.

“Yuran penyertaan adalah RM100 untuk satu joran dan peserta boleh mendaftar lebih dari satu joran. Setiap pendaftaran layak menerima satu tiket cabutan bertuah," katanya.

Bagi mengisi masa senggang peserta, penganjur turut menganjurkan Cabaran Malam Minggu bermula jam 8.30 hingga 11.30 malam yang menawarkan hadiah RM1,000 untuk juara, kedua RM300 dan ketiga RM200.

Pemenang keempat hingga ke-10 menerima RM50 dan ke -11 hingga ke-15 menerima hadiah sagu hati.

Yuran penyertaan bagi kategori itu adalah RM25 untuk satu joran.

Pertandingan adalah berdasarkan ikan terberat dengan berkonsepkan sapu bersih yang mana seorang peserta layak menang lebih dari satu hadiah.

Kaunter pendaftaran akan dibuka di lokasi pertandingan pada jam 12 tengah hari, hari ini.

Pertanyaan lanjut hubungi 013-3588206, 012-2141401 dan 012-6823479 atau layari laman web www.wakjali.com.

 

                                             RM90,000 menanti kaki pancing

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:32:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page