Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Ancaman lanun: Pertingkatkan rondaan di perairan Selangor

Wartawan Sinar Harian II 11 Februari 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memandang serius ancaman lanun di perairan Selangor khususnya di Kuala Selangor yang didakwa masih berlarutan sehingga kini.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim menegaskan, penguatkuasaan kawalan keselamatan di perairan Selangor perlu ditingkatkan dengan kerjasama semua pihak.

Menurutnya, pihak berkuasa diminta mengambil serius ancaman lanun yang ternyata memberi kesan kepada nelayan sehingga menjejaskan pendapatan mereka khususnya nelayan tradisional.

"Terbaru, saya menerima aduan daripada nelayan di Sungai Sembilang, Jeram dan Sungai Buloh yang berdepan masalah itu dan saya bimbang, jika masalah ini masih berterusan akan mengakibat nelayan terus tertekan.

"Bagaimanapun, isu ini sudah dibangkitkan kepada Maritim Putrajaya dan berharap semua pihak dapat beri perhatian," katanya ketika diminta mengulas aduan nelayan di perairan daerah ini yang berdepan ancaman lanun.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berharap rondaan polis marin dan Maritim di perairan Selangor yang berdepan isu lanun yang dipercayai dari negara jiran dapat dipertingkat dari masa ke semasa.

"Sebab saya difaham sekarang ni musim ikan tengah banyak dan saya tak mahu disebabkan masalah ni nelayan tak nak turun ke laut," katanya selepas merasmikan Pelancaran Team Siswa Kuala Selangor (Tesis) di Restoran D'Coral Seafood Kuala Selangor.

Dalam program itu, beliau berhasrat untuk mengumpulkan seramai 1,773 mahasiswa di daerah ini untuk menyertai Tesis yang mampu menjadi platform untuk membina jati diri dan menyalurkan dasar kerajaan.

"Saya mahu mengembleng pelapis bangsa yang cerdik pandai ini untuk berkongsi idea dan pendapat demi membangunkan negara sekali gus mendekatkan mereka dengan pimpinan tertinggi.

"Gelombang sukarelawan dalam kalangan ahli Tesis dapat digabungkan dengan 1M4U selain memperkasakan khidmat masyarakat di parlimen ini ketika musibah banjir atau sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

 

                                                   Ancaman lanun: Pertingkatkan rondaan di perairan Selangor

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:30:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page