Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Lagi tiga peniaga ayam kena kompaun

Wartawan Sinar Harian II 11 Februari 2016
 
   

 

BESTARI JAYA - Tiga lagi peniaga ayam dikenakan kompaun di Pasar Awam Bestari Jaya, di sini apabila gagal mempamerkan tanda harga dan menggunakan neraca spring tidak sah dalam operasi sempena Tahun Baharu Cina. 

Ketua Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Selangor, K Ramesh menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana peniaga yang gagal mematuhi arahan. 

Menurutnya, pihaknya meneruskan operasi di semua pasar awam sekitar daerah ini bagi memastikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2016 dipatuhi peniaga. 

“Dalam operasi, tiga peniaga ayam dikenal pasti gagal mematuhi skim kawalan harganya kerana tidak meletakkan tanda harga merah jambu pada barangan harga terkawal. 

“Peniaga terbabit gagal meletakkan tanda harga pada telur ayam, ayam standard, ayam super dan kubis cina di bawah Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) SKHMP 2016. 

“Peniaga ayam yang dikenakan tindakan kompaun mula-mula tidak akur dengan kesalahan tersebut tetapi akhirnya bersetuju membayar kompaun kerana tidak mahu ayam dirampas dalam operasi itu. 

“Manakala seorang lagi peniaga ayam dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan menggunakan alat timbang yang tidak mengikut standard di bawah kesalahan Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972,” katanya. 

Ramesh berkata, KPDNKK Kuala Selangor memohon pengguna tampil melaporkan aduan kepada kementerian sekiranya terdapat peniaga menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum. 

“Aduan pengguna penting bagi membolehkan penguat kuasa KPDNKK bertindak tegas terhadap peniaga yang tidak beretika dan cuba mengaut keuntungan luar biasa ketika musim perayaan. 

“Orang awam perlu menjadi mata dan telinga kepada kementerian dan sebagai pengguna bijak, mereka perlu membantu memastikan peniaga terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNKK. 

“Skim ini akan dikuatkuasakan sehingga 14 Februari dan operasi akan diteruskan ke atas semua premis perniagaan di sekitar daerah ini,” katanya pada operasi yang dianggotai enam pegawai penguat kuasa.

 

                                       Lagi tiga peniaga ayam kena kompaun

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:28:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page