Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Saran perluas sekolah Ulul Albab

Wartawan Sinar Harian II 08 Februari 2016
 
   

 

TANJONG KARANG –  Masih ada peluang cerah buat pelajar lepasan maahad tahfiz apabila pengambilan lebih 2,000 tenaga pengajar diperlukan untuk memenuhi sekolah agama Ulul Albab di negara ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, maahad tahfiz yang ada di negara ini mempunyai potensi untuk lebih membangun.

Bagaimanapun menurutnya, Kementerian Pendidikan juga mengambil konsep sama dengan mewujudkan sekolah agama Ulul Albab bagi membolehkan pelajar menerima kelulusan yang diiktiraf.

“Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke maahad tahfiz tidak perlu susah hati kerana peluang mereka cukup cerah untuk ke sekolah Ulul Albab yang disediakan kerajaan.

“Sudah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan anak bangsa yang bukan saja seorang tahfiz berilmu tapi juga profesional ulama,” katanya selepas meninjau isu penduduk di Bagan Pasir.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu sebelum ini pernah mengusulkan saranan supaya kerajaan dapat memperluaskan konsep sekolah agama Ulul Albab bagi melahirkan generasi yang seimbang.

“Setakat ini, hanya ada empat sahaja iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan tiga lagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang menekankan pendidikan agama tapi pada masa sama pelajari sains dan teknologi.

“Saya percaya, dengan adanya sekolah Ulul Albab ini dapat melahirkan modal insan yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dan profesional ulama yang mempunyai asas yang mantap,” katanya.

Noh turut menyarankan ibu bapa supaya mereka lebih cenderung mendedahkan dunia keusahawanan kepada anak mereka dari kecil dan tidak bergantung dengan kerja makan gaji semata-mata.

“Kemahiran teknikal kini lebih memenuhi keperluan pasaran kerjaya malah kerajaan turut memperkenalkan sistem vokasional untuk mereka yang kurang berjaya dalam pelajaran.

“Jika anak tempatan mampu kuasai bidang kemahiran, sudah pastinya tenaga asing boleh dikurangkan dan anak bangsa sendiri yang memacu ekonomi negara,” katanya.

 

                                              Saran perluas sekolah Ulul Albab

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:27:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page