Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Ikan terdampar didakwa diracun

Wartawan Sinar Harian II 06 Februari 2016
 
   

 

BESTARI JAYA - Bukan sahaja berbau busuk, malah Sungai Selangor di kawasan ini dipenuhi pelbagai jenis ikan yang terdampar didakwa diracun segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Lebih mengundang kemarahan, tindakan tidak bermoral itu menyebabkan penduduk yang juga nelayan darat hilang punca pencarian manakala kaki pancing terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Pengadu, Mohd Nor Saarani berkata, dia terkejut apabila melihat lambakan ikan yang didakwa diracun bermula dari kawasan Bukit Tagar ke Fruit Valley Kuala Selangor sehingga kawasan loji takungan air berhampiran.

Menurutnya, sikap pentingkan diri sendiri dan hanya mahu mengaut keuntungan singkat menyebabkan hasil ikan di sungai itu terjejas.

“Sayang sekali khazanah sungai yang kaya dengan hasil udang dan ikan mati macam tu saja, kaki pancing tak kira dari Perak, Kuala Lumpur dan Pahang selalu jadikan sungai ini sebagai port memancing.

“Bukan saja kaki pancing putih mata, nelayan darat pun sama bila mereka hilang punca pendapatan. Lagi teruk bila hasil ikan itu dijual kepada orang dengan harga murah,” katanya.

Mohd Nor berkata, isu sama sudah dibangkitkan kepada pihak berwajib namun sehingga kini masih belum ada tindakan menyeluruh memandangkan kejadian sama pernah berlaku sebelum ini iaitu pada Jun 2013.

“Kalau ikan tu dijual, memang dah tercemarlah dengan toksik.

“ Saya takut kalau orang yang tak tahu, akan beli sebab jual murah dan beri kesan kepada kesihatan mereka,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, beberapa kaki pancing melihat sendiri kegiatan beberapa individu yang menuang sejenis cecair kira-kira 20 liter ke kawasan sungai itu sebelum beredar dan dalam tempoh setengah jam kemudian, mereka datang semula ke tempat sama.

Individu terbabit kemudian dilihat menyauk ikan yang terdampar dalam masa kira-kira sejam sebelum beredar pergi dengan hasil ikan yang berkemungkinan dijual di tempat lain.

Bagaimanapun, laporan awal dari sumber Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, sungai terbabit tercemar akibat sisa toksik dari kilang berhampiran berikutan terdapat buih dan berbau.

Persoalan dan pertikaian nelayan setempat terus berlarutan sehingga isu itu dipanjangkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.

Pengerusi PNK Kuala Selangor, Omar Abd Rahman menegaskan, jika benar hasil sungai terbabit dicemari dengan sisa toksik atau diracun, perkara ini perlu diberi perhatian pihak berwajib supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

“Kalau boleh, individu yang tidak bertanggungjawab perlu dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran sebab kegiatan tak bermoral ini boleh undang penyakit,” katanya.

 

                                              Ikan terdampar didakwa diracun

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:20:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page