Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 50 rumah terjejas ribut

Wartawan Sinar Harian II 01 Februari 2016
 
   

 

TANJONG KARANG – Lebih 50 rumah di beberapa kampung di Parlimen Tanjong Karang terjejas dalam ribut lewat petang, Sabtu lalu. Sinar Harian difahamkan, lebih 10 rumah di Dun Sungai Burong terjejas manakala 30 rumah di Dun Permatang dilaporkan mengalami kerosakan. Pada masa sama, Blok AGH, COJ dan EQSW di Sawah Sempadan turut terjejas selain Kampung Bestari Jaya dilaporkan antara mangsa teramai. 

Mangsa dari Kampung Bestari Jaya, Sharifah Hamzah, 46, berkata, kejadian pertama kali berlaku diiringi bunyi kuat angin kencang menakutkan mereka sekeluarga. “Masa tu akak baru saja habis menjahit dan nak pergi ke dapur buat air… bila jenguk luar dah hujan rintik. Tak lama lepas tu datang angin kuat. "Bumbung tercabut dan habis basah... anak yang cuba nak tutup bumbung dengan kanvas terjatuh sebab pijak kayu reput, mujur sikit saja luka. "Memang tak sangka sebab sebelum ni tak pernah lagi ribut kuat. Terima kasihlah kepada wakil rakyat yang bagi sumbangan,” katanya.

 Katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar membantu menanggung kos baik pulih rumah terjejas teruk. "Mulanya nak terus buat kerja baik pulih tapi kebetulan Ahad cuti dan banyak kedai tutup, jadi kerja ditunda...mungkin dimulakan esok (hari ini). “Bagi yang rosak kecil macam dua tiga bumbung diterbangkan tu, penduduk diminta baiki sendiri dan bagi sedikit sagu hati,” katanya.

Bantu baiki kerosakan

Sementara itu, Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias turut mengenal pasti beberapa rumah penduduk yang terjejas teruk dalam kejadian ribut yang melanda Blok AGH, Sawah Sempadan. “Setakat ini, saya difahamkan ada empat rumah terjejas, termasuk sebuah rumah didiami ibu tunggal. "Rumah ibu tunggal tu rosak agak teruk dan disebabkan berdepan kekangan kewangan dengan anak yang ramai, saya bantu kos baik pulih kerosakan itu," katanya.

Menurutnya, kebanyakan rumah rosak di bahagian bumbung kerana diterbangkan angin.

“Tak dinafikan kawasan sawah sering berlaku ribut. Saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa,” katanya.

Pas hulur sumbangan

Pas Kawasan Tanjong Karang tidak ketinggalan melawat beberapa rumah penduduk di Sawah Sempadan yang terjejas dalam ribut berkenaan. Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad berkata, menjadi rutin Pas melawat bersama ketua kampung sebaik sahaja dimaklumkan musibah ribut itu. “Saya bersama Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Judi Sarjo ambil peluang menyantuni mangsa musibah dan berharap mereka tabah.

“Sebelum ini, sumbangan sama dihulurkan kepada mangsa ribut di kawasan lain dan diharapkan  ia dapat membantu meringankan beban membaiki kerosakan kecil,” katanya. Lawatan disertai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Kawasan Tanjong Karang, Norsidah Samat; Ketua Kampung Blok AGH, Arbany Katimin dan Ketua Kampung Blok COJ, Osman Wagiman.


                                             50 rumah terjejas ribut

   

Kemaskini pada 2016-02-12 17:18:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page