Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 'Back To School' bantu ringankan beban ibu bapa

Wartawan Sinar Harian II 07 Januari 2016
 
   

 

PASIR PENAMBANG – Beban lebih 100 ibu bapa diringankan menerusi sumbangan ‘Back To School’ Program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad berkata, seramai 134 anak penduduk dipilih menyertai program itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 lagi.

“Program Tawas antara agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Selangor.

“Ketika rakyat dihimpit pelbagai bebanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali komited membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas menyempurnakan Program ‘Back To School’.

Menurutnya, penganjuran program ‘Back To School’ ini sebahagian contoh keprihatinan kerajaan negeri terhadap beban ditanggung rakyat, lebih-lebih lagi perbelanjaan persekolahan tahun ini.

"Malah, Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang diperkenalkan turut membantu ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke bawah menerima bantuan bayaran bulanan RM50.

“Saya juga menggalakkan ibu bapa supaya tidak melepaskan peluang mendaftarkan anak untuk Tawas dan Tunas sekali gus menikmati manfaat agenda MES,” katanya.

 

                                     'Back To School' bantu ringankan beban ibu bapa

   

Kemaskini pada 2016-01-11 12:34:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page