Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ‘Tolong tukar pemikiran kuno’

Wartawan Sinar Harian II 06 Januari 2016
 
   

 

BESTARI JAYA – “Kena asingkan fahaman politik dan kaum demi membangunkan Dun Ijok kerana jika pentingkan perkauman semata-mata tidak akan maju,” demikian kata Adun Ijok, Dr Idris Ahmad.

Menurutnya, semua pihak disarankan bekerja sebagai satu pasukan supaya kebajikan, kemajuan dan pembangunan Dun Ijok dapat dibela sebaiknya sehingga tamat tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

“Bagi saya, jika sesebuah bangsa itu mementingkan sesuatu kaum saja, masyarakat tidak akan maju. Tetapi, jika semua bersatu, insya-ALLAH kejayaan mampu dicapai dengan cemerlang. Tukarlah pemikiran kuno dan majulah ke depan,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Penghargaan Dun Ijok 2016 anjuran Pejabat Kerja Dun Ijok di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bestari Jaya.

Dr Idris menjelaskan, kemudahan pendidikan dan keperluan belia di Dun Ijok menjadi fokus utamanya supaya anak luar bandar dapat diberi perhatian sewajarnya.

“Sebagai contoh, program penguasaan Bahasa Inggeris melalui The Reading Bus Club bersama badan bukan kerajaan (NGO) mampu memberi peluang pendidikan anak Ijok.

“Program yang menjadi tradisi tahunan itu berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak penduduk sekali gus menjadi satu kejayaan buat kami.

“Pendidikan menjadi keutamaan saya kerana mampu mengubah masa depan anak penduduk dan jika kita hanya bantu dengan sumbangan wang ringgit pastinya habis begitu saja tapi dengan pendidikan, mereka mampu berjaya.

“Selain pendidikan, saya turut memandang serius keperluan Ijok Kids yang menjadi satu jenama terkenal di Ijok kerana bagi saya, pendidikan dan sukan tidak boleh dipisahkan,” katanya.

Bercakap mengenai majlis makan malam dan penghargaan itu katanya, program tahunan itu diadakan bagi meraikan semua pihak yang banyak menyokongnya membangunkan Dun Ijok.

“Saya buat majlis seperti ini setiap tahun bagi meraikan mereka yang banyak membantu. Kali ini, saya buat lain daripada yang lain bagi meraikan mereka dengan masakan negara Timur Tengah.

“Semoga tahun ini sokongan semua agensi kerajaan dan NGO dapat diteruskan dan diharapkan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dan mungkin jika diizinkan ALLAH, Ijok akan dibuka sebuah kolej bertaraf universiti,” katanya.

 

                                               ‘Tolong tukar pemikiran kuno’

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:23:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page