Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sasaran zero linus jadi KPI sekolah

Wartawan Sinar Harian II 05 Januari 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR – Sasaran zero linus menjadi indeks petunjuk prestasi (KPI) semua sekolah kebangsaan di daerah ini malah penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) perlu bermula dari pra sekolah.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Shashim Shah Harun menegaskan, sasaran KPI itu bermula tahun ini bagi memastikan murid pra sekolah dapat menguasai 3M dengan baik.

Menurutnya, kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa penting bagi memastikan perkembangan pendidikan anak mereka terus dititikberatkan supaya tidak ketinggalan.

“Lebih-lebih lagi cabaran baru buat calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini ada enam subjek berbanding sebelum ini hanya lima apabila ujian Bahasa Inggeris dibahagikan kepada dua kertas.

“Komitmen ibu bapa bukan saja diperlukan pada hari pertama sesi persekolahan tapi wajar berterusan bersama pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing,” katanya ketika meninjau suasana sekolah rakan kongsinya, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Kuala Selangor yang menerima seramai 172 murid darjah satu bagi sesi persekolahan tahun ini.

Shashim Shah berkata, setiap pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor mempunyai sekolah rakan kongsi dan berperanan untuk membantu membangunkan sekolah selain meningkatkan kecemerlangan murid.

“Sudah pastinya PPD Kuala Selangor mahu merakyatkan sekolah supaya menjadi satu institusi pendidikan yang selesa untuk anak penduduk sekali gus mewujudkan suasana suka belajar.

“Bagaimanapun, kejayaan sesebuah sekolah itu bukan bergantung kepada guru semata-mata tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam penglibatan Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB).

“Malah, saya mahu ubah persepsi ibu bapa supaya turut mengutamakan pendidikan anak di peringkat menengah kerana ianya menjadi penentu kejayaan masa depan anak mereka.

“Kena selalu datang sekolah terutamanya yang ada anak di tingkatan lima supaya selalu bersama guru untuk tindakan pantas jika ada sebarang masalah, sebab mereka ini bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Maklum balas segera itu penting bagi membendung masalah yang timbul dan saya pun amalkan konsep pintu terbuka dan menerima pandangan semua pihak demi kejayaan anak murid,” katanya.

 

                                                  Sasaran zero linus jadi KPI sekolah

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:19:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page