Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Setahun jalan rosak tidak dibaiki

Wartawan Sinar Harian II 30 Disember 2015
 
   

 

SUNGAI BURONG – Jalan kampung yang rosak di Parit 2 didakwa sejak setahun lalu menimbulkan rungutan penduduk khususnya belia kerana boleh mengundang risiko kemalangan.

Lebih mengecewakan, dakwa penduduk, aduan jalan rosak itu sudah dibangkitkan kepada pimpinan kampung bagaimanapun tiada perkembangan positif dan seolah-olah dipandang sepi.

Pegawai Khas Adun Sungai Burong, Maruwan Ahmad menjelaskan, pihaknya sedia maklum dengan aduan jalan terbabit bagaimanapun jika diikutkan bidang kuasa baiki jalan kampung dibawa pentadbiran kerajaan negeri.

“Sepatutnya kerja baik pulih jalan kampung ini perlu diberi keutamaan kerajaan negeri kerana didakwa sudah setahun jalan ini dilaporkan rosak tanpa sebarang tindakan.

“Jika dibiarkan begitu saja, boleh menyebabkan kemalangan lebih-lebih orang luar yang tak tahu selok-belok kampung ni. Ia bukannya jalan ladang tapi jalan utama orang kampung lalu lalang.

“Nasib baik belum ada lagi laporan kemalangan di kawasan itu sebab orang kampung dah tahu jalan rosak, tapi kalau boleh kita tak mahu kejadian tak diingini berlaku,” katanya.

Maruwan berkata, Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias membantu setakat termampu dengan menyumbang batu turap untuk kerja baik pulih untuk sementara waktu.

“Atas dasar simpati dengan orang kampung, wakil rakyat membantu menyumbangkan batu manakala kerja membaiki tebing jalan yang mendap dijalankan belia kampung.

“Kalau boleh, jalan yang dibaiki buat sementara waktu ini dapat diturap segera oleh kerajaan negeri demi kebajikan penduduk setempat, kita tak mahu jalan rosak semula dalam masa terdekat.

“Tapi jika masih belum ada sebarang tindakan, pihak pejabat Adun Sungai Burong akan panjangkan permohonan kepada kementerian berkaitan,” katanya.

 

                                                  Setahun jalan rosak tidak dibaiki

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:11:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page