Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 'Sekat atlet Israel tindakan wajar'

Wartawan Sinar Harian II 29 Disember 2015
 
   

 

KAMPUNG BUKIT KUCHING - Parti Amanah Negara (Amanah) Parlimen Kuala Selangor menyokong penuh tindakan Kementerian Belia dan Sukan menyekat kemasukan atlet luncur angin Israel.

Naib Ketua 2 Amanah Parlimen Kuala Selangor, MohdNadzril Beedin berkata, hal itu wajar memandangkan tindakan Zionis yang zalim terhadap Palestin ketika ini.

“Amanah Kuala Selangor juga menggesa kerajaan persekutuan bersikap telus dalam apa pun bentuk hubungan dengan Israel.

“Ini kerana sudah terang-terangan Israel sebuah negara yang mengamalkan dasar aparteid yang dikeji masyarakat antarabangsa,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Program Back To School di Kampung Bukit Kuching.

Mohd Nadzril berkata, Amanah turut menyelar kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak berhubung isu sama dengan alasan kononnya sentimen politik dan peribadi mesti dipisahkan dari acara sukan.

“Kami juga menyifatkan Chong Zemin sebagai terburu-buru dan gagal memahami sensitiviti melibatkan umat Islam di negara ini,” katanya.

 

                                                  'Sekat atlet Israel tindakan wajar'

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:08:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page