Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Gaji RM3,000 sebulan tak cukup

Wartawan Sinar Harian II 26 Disember 2015
 
   

 

TANJONG KARANG – Agenda memperkasakan kebajikan golongan miskin bandar perlu dikaji sebaiknya bagi membela nasib rakyat negara ini khususnya pasangan muda yang terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, pendapatan RM3,000 sebulan masih belum mencukupi untuk menampung kos hidup di bandar.

Menurutnya, cukup berbeza jika dibandingkan dengan kebajikan penduduk di kawasan pedalaman yang sering dibantu termasuk daripada pelbagai agensi kerajaan khususnya dalam sektor pertanian, perladangan dan perikanan.

“Banyak agensi diwujudkan kerajaan untuk membantu golongan nelayan, pesawah, peladang, pekebun kecil dan penternak malah tidak dinafikan, kebajikan mereka cukup terbela.

“Bahkan pejabat agensi ini dibina setempat di kawasan pedalaman bagi memudahkan bantuan disalurkan dan keadaan ini berbeza kerana kemudahan itu tak banyak di bandar,” katanya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, perlu ada pendekatan khusus untuk membantu golongan miskin bandar ini termasuk mengkaji semula dasar perumahan mampu milik.

“Dasar ini perlu kaji semula bagi memberi peluang kepada mereka yang hanya layak saja memenuhi syarat dikenakan, selain memandang serius isu kerosakan lif di kawasan pangsapuri kos rendah.

“Kena cari pendekatan terbaik untuk membela nasib golongan yang tidak bernasib baik terutama golongan miskin bandar kerana mereka berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai pembiayaan yang membebankan.

“Tidak dinafikan, isu ekonomi dan sosial rakyat sentiasa menjadi perhatian kerajaan kerana Umno sentiasa membela nasib bangsanya dan bukannya mementingkan politik semata-mata,” katanya.

 

                                                  duit

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:05:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page