Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Dua sekolah diberi peringatan

Wartawan Sinar Harian II 25 Disember 2015
 
   

 

TANJONG  KARANG – Dua sekolah di parlimen ini diberi peringatan kerana gagal memberi kerjasama menyediakan senarai nama anak asnaf yang layak menerima sumbangan persekolahan.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, tindakan tegas itu wajar dilaksanakan demi memastikan anak penduduk yang layak menerima bantuan tidak tercicir.

Menurutnya, lebih adil jika senarai nama anak asnaf disediakan pihak sekolah berbanding jawatankuasa penduduk kerana mereka lebih mengetahui jumlah sebenar murid sekolah di parlimen ini yang disenaraikan keluarga asnaf.

“Namun, saya kesal kerana ada sekolah yang tidak menghantar nama dengan alasan tiada anak asnaf di sekolah itu sedangkan laporan yang diterima sebaliknya. Jadi saya minta pihak berkenaan ambil tindakan selanjutnya.

“Benda baik tapi tak beri kerjasama, sedangkan kita nak bagi sumbangan bukan minta sumbangan sekolah. Kena utamakan kebajikan anak keluarga asnaf ini demi pendidikan mereka,” katanya demikian pada Majlis Penyampaian

Baucar Back To School Parlimen Tanjong Karang 2015 kepada 831 anak asnaf di pekarangan Bangunan Lembaga Tabung Haji Tanjong Karang.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor berkata, senarai nama penerima baucar kali ini adalah yang paling ramai dalam sejarah sumbangan bantuan sekolah.

“Sebelum ini kita fokus kepada anak yatim dalam 400 orang saja, tapi kali ini sumbangan diperluaskan melibatkan anak asnaf.

“Saya berterima kasih kepada pihak sekolah dan jawatankuasa penduduk yang bantu menjayakan program ini kerana kita mahu ringankan beban penduduk tanpa mengira perbezaan politik," katanya

 

                                              Dua sekolah diberi peringatan

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:03:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page