Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ‘Kalau ban pecah lagi teruk’

Wartawan Sinar Harian II 24 Disember 2015
 
   

 

TANJONG KARANG – “Trauma berdepan banjir masih belum reda dan harap lepas ni air tak naik tinggi,” demikian luah mangsa banjir di Sawah Sempadan, Salleh Ibos, 67, kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian banjir di kawasan kampung itu sering berlaku setiap kali musim tengkujuh, bagaimanapun musibah kali ini lebih luar biasa mungkin disebabkan hujan lebat.

“Memang selalu air naik tapi taklah sampai masuk rumah. Mungkin sebab kunci air dibuka, air melimpah masuk kawasan kampung sebab JPS cakap, kalau tak buka lagi teruk.

“Air dah banyak dekat terusan besar tu dan tak nak ban pecah, kunci air kena buka bagi air lalu sebab tekanan kuat. Kalau ban pecah mungkin lagi teruk kampung pakcik kena.

“Bila air dah paras paha, pakcik dengan keluarga pun pindah guna sampan kecil. Tak ramai yang duduk di pusat pemindahan banjir tapi Alhamdulillah dah boleh balik,” katanya.

Salleh antara tujuh keluarga terlibat dalam musibah banjir di Parlimen Tanjong Karang dan ditempatkan di pusat pemindahan Surau Haji Mansor Blok B, Sawah Sempadan yang sudah ditutup, semalam.  

Sementara itu mengulas lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Blok B Sawah Sempadan, Fadzli Arshad berkata, musibah banjir sudah menjadi kelaziman di kampung itu setiap tahun.

Bagaimanapun katanya, kenaikan air kali ini lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan berharap pihak berwajib dapat memberi perhatian sewajarnya dalam masalah ini.

“Mungkin langkah berjaga-jaga termasuk memastikan parit diselenggara dengan baik dan memang tak dinafikan musibah banjir tak dapat dielakkan tapi sekurang-kurang ia dapat dikawal lebih awal.

“Kita juga berharap penduduk kampung dapat bekerjasama memaklumkan sekiranya berlaku banjir dan berpindah sekiranya diarahkan bagi mengelakkan kemalangan dan kehilangan nyawa.   

“Walaupun pusat pemindahan banjir telah ditutup dan mangsa sudah dibenarkan pulang tapi masih ada kawasan rumah mereka yang belum surut sepenuhnya. Sebab itu saya nasihatkan supaya lebih berhati-hati,” katanya.

                                             ‘Kalau ban pecah lagi teruk’

   

Kemaskini pada 2016-01-07 12:51:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page