Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : "Adik nak salam pemain Selangor"

Wartawan Sinar Harian II 09 Disember 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – “Rasa tak sabar nak tunggu Sabtu ni tengok Selangor lawan Kedah...nak duduk dekat padang dan salam pemain Selangor,” begitulah keterujaan murid Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, Muhammad Hakimiey Abdul Basar, 10.

Anak kedua dari tiga beradik itu tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir pasukan bola sepak Selangor sempena Liga Malaysia pada Sabtu ini di Stadium Melawati Shah Alam.

“Seronok sangat bila papa bawa pergi tengok game separuh akhir minggu lepas dan masa Selangor menang, kami terlompat–lompat sebab terlalu gembira. Bising juga masa itu tapi seronok.

“Papa janji nak bawa kami lagi tengok final dan moga-moga tak hujanlah. Saya target Selangor menang 3-0 dan tak sabar nak tengok Azwan Bakri dan Andik Vermansyah lebih dekat,” katanya.

Adiknya, Muhammad Helmiey Abdul Basar, 8, menyimpan impian untuk bersalam dengan pemain Selangor apabila berpeluang menjejakkan kaki ke perlawanan akhir nanti.

“Adik nak salam dengan semua pemain kalau boleh. Kata papa, Selangor dah lama tak bawa balik piala jadi adik doakan Selangor menang besar. Jadi nanti papa gembira,” katanya.

Bapanya, Abdul Basar Sulaiman, 38, berkata, minat anak-anaknya yang cukup mendalam dalam bidang bola sepak mendorongnya membawa mereka untuk menyaksikan perlawanan bola secara langsung.

“Sebelum ini kami tengok TV saja dan kebetulan masa ni cuti sekolah, jadi saya dan isteri ambil keputusan nak bawa anak pergi stadium. Masa game separuh akhir saya tengok anak cukup teruja, jadi apa salahnya bawa mereka masa final.

“Sebagai anak Selangor, saya memang galakkan anak-anak minat bola sepak dan sokong pasukan Selangor sebab sudah lama tak dapat masuk final. Bila kali ini berjaya kami mesti bagi sokongan.

“Saya juga harap misi 33 tercapai dan bawa pulang piala. Kami tetap akan beri sokongan kepada pasukan Selangor supaya dapat beraksi dengan cemerlang nanti,” katanya.

 

                                             image

   

Kemaskini pada 2015-12-15 11:54:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page