Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Polis cari saksi bantu siasatan

Wartawan Sinar Harian II 07 Disember 2015
 
   

 

IJOK – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor masih mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki di KM18 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada 4 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Yu Aung, 35, yang juga pekerja kilang warganegara Myanmar dikatakan cuai ketika melintas jalan di lorong kiri menghala ke arah Kuala Lumpur.

Mangsa yang beralamat di sebuah kilang di kawasan perindustrian Ijok kemudiannya dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton Ezora dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat manakala kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Dalam kejadian kemalangan berasingan, seorang penunggang motosikal maut di KM9.8 Lebuhraya Kuala Selangor-Kuala Lumpur (Latar) susur keluar Ijok pada 4 Disember lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai menunggang motosikal seorang diri sebelum dipercayai terbabas sendiri dan merempuh besi pengadang tepi jalan.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 terjatuh di bahu jalan di sebelah kiri laluan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan hasil bedah siasat oleh Pegawai Perubatan Hospital Tanjong Karang, Dr Hruthayarao mengesah polytrauma due to MVA.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Muhd Taib Ahmad menjelaskan, pihaknya mengesahkan menerima dua laporan kes kemalangan maut terbabit.

“Kedua-dua kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan dan orang ramai yang menyaksikan kes kemalangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Kes pertama membabitkan pejalan kaki disiasat Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Inspektor Elme Othman manakala kes kedua di bawah pengendalian Inspektor Mohd Fahmi Ahmad,” katanya.

 

                                                Polis cari saksi bantu siasatan

   

Kemaskini pada 2015-12-15 11:51:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page