Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sinergi Rakyat temui penduduk Kuala Selangor

Wartawan Sinar Harian II 04 Disember 2015
 
   

 

SHAH ALAM - Sinergi Rakyat merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor untuk mendekatkan diri dengan warga miskin bandar di negeri ini.

Program yang berkonsepkan Strategi Lautan Biru kerajaan Persekutuan itu juga bagi menyediakan perkhidmatan langsung di 'hadapan pintu' kediaman rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar negeri ini.

Koordinatornya, Hamidzun Khairuddin berkata, melalui program ini semua jentera bergerak agensi kerajaan Persekutuan dan badan-badan berkanunnya dikumpulkan di satu-satu lokasi untuk memberikan perkhidmatan mereka.

Penduduk di Kuala Selangor katanya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dan nasihat di samping memeriahkan program ini apabila team Sinergi Rakyat turun padang pada Sabtu, 5 Disember ini.

"Program ini membantu rakyat menikmati perkhidmatan terbaik disediakan kerajaan seperti khidmat perubatan, kaunseling, nasihat perniagaan dan pendidikan," katanya.

Program diadakan di Dewan Tan Sri Abu Hassan Kuala Selangor dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pada hari tersebut kata Hamidzun, Majlis Permuafakatan Parlimen (MPP) Kuala Selangor turut menganjurkan sambutan Hari Keluarga khusus untuk rakyat Kuala Selangor dalam Dun Bukit Melawati.

Beliau berkata, karnival ini akan dirasmikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

"Untuk khidmat masyarakat, Sinergi Rakyat telah mengumpul 10 kluster perkhidmatan yang akan membuat pameran.

"Sinergi Rakyat adalah karnival yang mampu menjimatkan masa dan kos untuk menyelesaikan pelbagai perkara dalam satu masa terutama penduduk di luar bandar.

"Penduduk yang menghadiri ke karnival ini dapat membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma, pembaharu lesen, membayar saman, pendaftaran undi, mendaftar mamogram bagi wanita dan menyertai aktiviti bersama keluarga," katanya.

 

                                                Hamidzun Khairuddin

   

Kemaskini pada 2015-12-15 11:49:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page