Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Giat banteras populasi gagak

Wartawan Sinar Harian II 02 Disember 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Pengusaha restoran dan gerai makanan diminta menjaga kebersihan premis masing-masing bagi membantu mengurangkan populasi burung gagak di daerah ini.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin menjelaskan, pengusaha restoran dan gerai makanan perlu membersihkan sisa makanan dan mengikat beg plastik dengan rapi.

Menurutnya, kerjasama ini penting bagi memastikan beg sampah yang dikumpulkan menjadi tumpuan gagak dan haiwan liar lain sehingga menyebabkan sisa makanan bertaburan.

“Usaha ini seiring dengan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) membanteras populasi burung gagak yang dilaporkan banyak di kawasan pekan dan padang riadah sehingga mengundang rungutan penduduk.

“MDKS juga menjalankan operasi menembak burung gagak di kawasan tumpuan seperti deretan kedai Taman Bendahara Kuala Selangor dan Padang Awam Astaka Tanjong Karang,” katanya.

Azahari berkata, operasi yang dijalankan seawal jam 7 pagi hingga 8 malam itu disertai 42 peserta selepas menerima aduan penduduk mengenai kekotoran dan gangguan bunyi bising.

“Sebanyak 865 burung gagak berjaya ditembak pada operasi tersebut dan operasi sama akan dibuat secara berkala pada masa akan datang bagi mengikut aduan diterima" katanya.

 

                                          Giat banteras populasi gagak

   

Kemaskini pada 2015-12-15 11:47:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page