Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jamin baiki kerosakan jalan

Wartawan Sinar Harian II 12 November 2015
 
   

 

JERAM – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram memandang berat isu kerosakan jalan alternatif Puncak Alam-Kampung Bukit Hijau yang menjadi rungutan penduduk setempat.

Penyelarasnya, Muhammad Rashid Muhammad Kassim berkata, pihaknya turut membangkitkan isu sama kepada pihak berkuasa tempatan sejak awal Ogos lalu untuk kerja pembaikan.

Bagaimanapun menurutnya, isu timbul apabila wujud kekangan terhadap status tanah yang agak rumit sekali gus menyukarkan pihak berwajib membaiki jalan pintas terbabit.

“Tapi maklum balas terkini yang saya terima agak menggembirakan apabila Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memberi jaminan akan membaiki kerosakan jalan pintas itu memandangkan membahayakan orang ramai.

“Saya pun bimbang risiko yang perlu dihadapi penduduk setempat dan pengguna laluan pintas itu kerana kawasan agak bahaya dengan kerosakan di bahu jalan yang serius,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut isu kerosakan jalan pintas yang menjadi pilihan utama penduduk untuk ke Jeram mahupun Puncak Alam atau Saujana Utama.

 

                                     Jamin baiki kerosakan jalan

Muhammad Rashid yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Selangor turut berterima kasih kepada MDKS yang prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan pengguna jalan raya.

“Alhamdulillah rungutan pengguna dapat perhatian pihak berwajib dan diharap kerja baik pulih jalan dan penurapan baru dapat dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, laluan alternatif Puncak Alam-Bukit Hijau yang rosak teruk mengundang bahaya kepada pengguna lebih-lebih bahu jalan yang mendap berhampiran lereng bukit dan parit besar.

Lebih membimbangkan, laluan agak sesak pada waktu puncak itu menimbulkan masalah kepada penunggang motosikal yang juga pelajar sekolah ketika berselisih kenderaan lain.

Pengguna, Mohd Azri Azman, 20, berkata, jalan agak sempit jika dilalui dua kenderaan dalam satu-satu masa dan jika mengelak, bahu jalan pula rosak teruk.

“Paling saya risau bila nak naik bukit dengan bahu jalan berlubang di tepi bukit dan pada masa sama, ada kenderaan lain lalu nak turun bukit. Kalau tak cermat boleh terbabas ke tepi bukit.

“Bila lalu jalan ni dengan budak sekolah, mereka yang tunggang motosikal pun agak bahaya bila lalu jalan pintas ni ke sekolah di Puncak Alam.

“Kalau nak diikut, memang ramai yang lalu jalan pintas ni sebab tak perlu nak pusing jauh tapi bila lori dan jentolak pun lalu, memang rosaklah jalan,” katanya.

Sinar Harian 29 Oktober lalu melaporkan rungutan orang ramai mengenai keadaan laluan pintas itu yang kerosakannya tertumpu di bahu jalan.

   

Kemaskini pada 2015-11-13 15:52:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page