Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Penduduk panik air naik mendadak

Wartawan Sinar Harian II 10 November 2015
 
   

 

IJOK – Hujan lebat  yang melanda Batu 8, Kampung Ijok, di sini petang kelmarin mengejutkan penduduk apabila air melimpah masuk ke dalam rumah mereka sehingga paras paha.

Seorang penduduk, Noor Azam Abdul Manap, 42, berkata, kejadian banjir kilat pertama kali berlaku itu menjejaskan empat rumah penduduk meskipun hujan lebat tak sampai dua jam.

Menurutnya, penduduk terkejut apabila kawasan yang tak pernah dilanda banjir sebelum ini dinaiki air gara-gara saliran parit tersumbat akibat tidak di selenggara dengan baik.

“Saya pun terkejut bila ada orang bagi tahu, ada banjir kat Batu 8 ni... bila bergegas tengok rumah penduduk dah dimasuki air paras paha. Sebelum ini takat halaman rumah kalau air naik pun.

“Mungkin sebab parit dah lama tak dikorek punca aliran air jadi tidak lancar dan tak sempurna... Lagi-lagi sekarang ni musim tengkujuh dengan hujan tak menentu.

“Penduduk minta wakil rakyat kawasan turun padang dan tengok mana-mana parit yang tak dikorek sebab penduduk bimbang, banjir kilat berlaku lagi dalam masa terdekat ni,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, musibah banjir kilat bukan sahaja melanda batu 8, malah turut melanda kawasan pekan Ijok dan beberapa kawasan sekitar.

Sebelum ini, Adun Ijok, Dr Idris Ahmad pernah membangkit isu perparitan di Dun Ijok masih gagal diselesaikan sehingga kini kerana sikap suka menuding jari dan enggan menggalas tanggungjawab pihak tertentu.

Katanya, meskipun masalah sistem perparitan dan longkang bermasalah kerap dibangkitkan dalam Sidang Dun Selangor namun keadaan kemudahan itu masih belum memuaskan.

 

                                        Penduduk panik air naik mendadak

“Isu timbul apabila kekeliruan bidang kuasa untuk menyelia sistem perparitan sehingga masing-masing menuding jari sehingga menyusahkan penduduk setempat.

“Bila diajukan, satu pihak ini kata kena pergi jabatan lain untuk aduan sebab bukan bawah bidang kuasa mereka. Situasi ini menjadikan penduduk terpaksa naik turun pejabat tapi masalah gagal diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang turun padang meninjau keadaan rumah penduduk turut bersimpati dengan musibah yang menimpa mereka.

"Saya mohon kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Selangor dapat mendalamkan parit yang tersumbat.

“Sebab kerja penyelenggaraan parit penting bagi memastikan seluruh aliran parit berfungsi dengan baik semasa musim tengkujuh dan musim hujan yang tidak menentu ketika ini.

“Saya juga mencadangkan agar MDKS beri peringatan kepada penduduk di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan supaya tidak buang sampah ke dalam parit dan longkang.

“Dalam pada sama, kerajaan negeri juga disarankan menghentikan aktiviti mengorek pasir buat sementara waktu ketika musim tengkujuh kerana ianya juga antara punca berlakunya banjir,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-11-13 12:42:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page