Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Henti memperalatkan masjid

Wartawan Sinar Harian II 04 Oktober 2015
 
   

 

TANJONG KARANG - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) diminta mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan media Selangorkini yang didakwa menjadi alat propaganda politik parti dan diedarkan secara percuma di seluruh masjid negeri ini.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar turut mendesak kerajaan negeri menghentikan penyalahgunaan masjid sebagai tempat berpolitik.

“Saya minta hentikan guna Selangorkini sebagai alat untuk berpolitik. Guna duit parti dan surat khabar sendiri.

“Kalau Selangorkini masih jadi alat politik PKR, Mais kena ambil tindakan termasuk mengharamkan surat khabar itu diedarkan di masjid seiring titah Sultan Selangor yang tak mahu masjid jadi medan berpolitik,” katanya pada sidang media selepas lawatan Pasar Basah Tanjong Karang, semalam.

Menurutnya, isi kandungan media Selangorkini itu dilihat jauh berubah dan memberi tumpuan kepada bahan  berita politik sejak kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

“Saya lihat isi kandungan Selangorkini lebih kepada berita politik yang jelas tiada kena mengena dengan dasar pembangunan dan program kerajaan negeri. Ini surat khabar yang menggunakan duit rakyat tapi kenapa banyak cerita politik?

“Lagi dikesalkan apabila banyak berita menghentam kerajaan dan mempertikaikan tugas polis dalam perhimpunan Bersih 4.0 dalam Selangorkini,” katanya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang turut mencabar Ahli Parlimen Gombak itu berbahas dalam Parlimen jika masih tidak memahami undang-undang dan akta perhimpunan aman.

“Kalau tak faham undang-undang, saya cabar kita bahas isu ini dalam Parlimen kalau masih nak tuduh polis double standard dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang jelas haram kerana dibuat tanpa permit jika nak dibandingkan perhimpunan merah.

 

                                        Henti memperalatkan masjid

   

Kemaskini pada 2015-10-06 12:29:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page