Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MDKS nafi bersikap kejam, abai rayuan

Wartawan Sinar Harian II 03 Oktober 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menafikan pihaknya bertindak kejam dan mengabaikan rayuan dua peniaga yang meminta tempoh lanjutan notis meroboh dan mengosongkan kedai di tepi Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam.

Setiausahanya, Azahari Sairin menjelaskan, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak yang jelas menjatuhkan nama pihak berkuasa tempatan (PBT) apabila dikatakan tidak mempertimbangkan rayuan terbabit.

Menurutnya, dua notis diberikan terhadap dua pemilik gerai menjual buahan di tepi jalan terbabit pada 10 November 2014 lalu dan terkini, pada 18 September lalu kerana didapati membahayakan selain dibina di atas jalan rizab kerajaan.

"Meskipun notis pertama yang meminta pemilik gerai merobohkan sendiri struktur bangunan diabaikan namun pihak MDKS bagi tempoh sebelum notis pengosongan kedua dikeluarkan.

"Bila notis kedua dikeluarkan, pemilik terbabit merayu supaya kerja pengosongan dan merobohkan ditangguhkan sehingga mereka dapat berpindah ke tempat baru. Kita bagi tempoh yang munasabah untuk bagi peluang mereka berpindah.

"Bahkan Yang Dipertua MDKS menawarkan tapak niaga baru di Saujana Utama dan mereka bersetuju untuk berpindah sebab notis yang diberikan merujuk kepada struktur gerai dan bukannya rumah di belakang gerai terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengulas tuduhan yang mendakwa MDKS tidak prihatin kesusahan yang dihadapi penduduk terbabit apabila notis meroboh dan mengosongkan premis dikeluarkan pada 18 September lalu.

Azahari menjelaskan, tidak timbul isu yang mengatakan MDKS tidak mempertimbangkan rayuan dua penduduk terbabit malah MDKS memudahcarakan supaya mereka dapat berniaga di tapak yang disediakan di Saujana Utama.

"Sewajarnya tuduhan itu tak berlaku dan berharap semua pihak jelas dengan makluman ini kerana MDKS tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan tegas termasuk tindakan meroboh tanpa alasan kukuh," katanya.

Sebelum ini, dua peniaga gerai buahan menerima notis meroboh dan meruntuhkan struktur binaan bangunan yang dibina di atas rizab Jalan Batu Arang, Persiaran Mokhtar Dahari pada 18 September lalu.

 

                                        Majlis Daerah Kuala Selangor

   

Kemaskini pada 2015-10-06 12:28:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page