Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Karangkraf terus sumbang buku ilmiah, al-Quran

Wartawan Sinar Harian II 19 September 2015
 
   

 

ASSAM JAWA – Lagi sumbangan buku ilmiah dan al-Quran diberikan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) kepada jawatankuasa masjid di negeri ini dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena Program #kitakanIslam.

Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran Sinar Harian, Rozalina Mohamed berkata, sumbangan kali ini memilih Masjid Assam Jawa selepas enam masjid yang dikunjungi seperti di Teluk Panglima Garang dan Puchong.

“Sumbangan ini sebagai satu usaha menyemarakkan budaya membaca dan penyampaian dakwah #kitakanIslam melalui pesanan yang ditampal di dinding masjid.

“Pada masa sama, usaha ini dapat mendekatkan lagi Sinar Harian dan Karangkraf dengan komuniti setempat,” katanya yang menyampaikan sumbangan kepada Nazir Masjid Assam Jawa, Zilhayat Aimi Mokhtar di masjid itu.

Rozalina berkata, sebanyak 12 masjid disasarkan pada tahun ini untuk sesi sumbangan bahan ilmiah dan pelekat mutiara kata yang lengkap dengan logo Sinar Harian.

“Sebelum ini, Bahagian Pemasaran Sinar Harian mengikuti Program Imarah Masjid anjuran Group Buku Karangkraf dan kali ini, kami berkolaborasi dengan skuad Sinar Harian di daerah untuk program yang sama,” katanya.

Sementara itu, Zilhayat turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan sekali gus membantu jawatankuasa masjid memupuk minat membaca dalam kalangan kariah.

“Usaha ini dipuji kerana membantu pihak masjid menambah bahan ilmiah dan al-Quran di ruang bacaan yang disediakan selain galakan dan pelekat yang mengandungi dakwah untuk kariah.

“Saya berharap mudah-mudahan bahan ilmiah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan membudayakan amalan membaca untuk lebih 800 kariah yang ada di kawasan ini,” katanya.

 

                                        Karangkraf terus sumbang buku ilmiah, al-Quran


   

Kemaskini pada 2015-10-06 12:24:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page