Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Operasi roboh iklan tiada permit

Wartawan Sinar Harian II 08 September 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Papan iklan visual tanpa kebenaran di kawasan Ijok dan Puncak Alam dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas notis amaran tidak diendahkan pengusaha agensi papan iklan berkaitan.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin menjelaskan, pelaksanaan operasi merobohkan papan iklan tanpa kebenaran itu bersama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil selepas MDKS mengenal pasti lambakan papan iklan yang dipasang tanpa kebenaran dan permit PBT terutamanya di dua kawasan terbabit.

“Papan iklan ini dipasang di kawasan tanah rizab milik MDKS dan didapati menyebabkan pemandangan lalu lintas terhalang di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Iklan (7) Undang-Undang Kecil Iklan MDKS 2007.

 

                                        Operasi roboh iklan tiada permit

“Tindakan tegas diambil kerana pengusaha agensi papan iklan tidak mengendahkan notis arahan supaya menurunkan papan iklan terbabit yang diberi dalam tempoh 14 hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Azahari berkata, tindakan penguatkuasaan dan perobohan akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi membanteras pemasangan papan iklan haram yang semakin berleluasa di daerah ini.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada pengusaha agensi papan iklan supaya lebih mematuhi undang-undang sedia ada dan tidak lagi membina sebarang struktur di atas tanah kerajaan.

“Mana-mana agensi papan iklan yang ingin memasang dan mendirikan papan iklan perlu mengemukakan permohonan kepada MDKS terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan lanjut.

“Mereka perlu ikut prosedur permohonan supaya PBT dapat memastikan struktur papan iklan yang dipasang diletakkan di kawasan yang betul dan tidak membahayakan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, meskipun papan tanda yang dipasang di dalam kawasan milik individu, agensi pengiklan terbabit juga perlu mengemukakan permohonan sama bagi menggelakkan kejadian tidak diingini timbul.

   

Kemaskini pada 2015-09-09 15:35:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page